Howe mahu Newcastle tamatkan kemarau 54 tahun

LONDON: Eddie Howe yakin pasukannya, Newcastle tidak akan rasa “terbeban dengan sejarah” ketika mereka menyasarkan untuk menamatkan kemarau 54 tahun kelab itu tanpa trofi.

Newcastle masih belum menang trofi utama sejak merangkul Piala Fairs (kemudiannya dikenali sebagai Piala Uefa) pada 1969 namun pengurus mereka berharap dapat memperkenalkan trofi baharu paling dinantikan itu kepada ahli majlis di St James’ Park selepas final Piala Liga berdepan Manchester United esok.

“Saya tidak rasa pemain terbeban dengan sejarah – meraka merasakannya sebagai satu motivasi,” kata Howe.



“Kami membuatkan mereka sedar sebelum bermula kejohanan ini bahawa memang terlalu lama menantikan trofi dan saya rasa mereka semua faham. Saya rasa ia perkara yang hebat bagi digunakan sebagai alat motivasi.”

Ramai antara nama pengurus utama – Sir Bobby Robson, Kevin Keegan dan Rafael Benítez antaranya, gagal menang trofi buat Newcastle sejak dekad lalu tetapi Howe menegaskan bahawa sebarang kejayaan berdepan Manchester United tidak sepatutnya hanya dikaitkan kerananya.

“Mereka menanti terlalu lama dan saya tahu hanya daripada apa diberitahu orang sekitar bandar ini, rasa sayang mereka kepada kelab bola sepak. Saya mahu membaas rasa sayang itu dengan trofi. Sejak datang ke Newcastle, dari hari pertama, saya rasa bagus.



“Saya rasa selesa dalam aspek dalaman di sini, persekitaran saya selesa.”

Kejayaan selaku pengurus Bournemouth akhirnya membawanya ke Newcastle pada November 2021.

“Sebenarnya adalah mengejutkan bahawa kelab ini tidak menang trofi buat sekian lama berdasarkan saiznya yang besar,” katanya.

“Namun sejarah Newcastle masih menakjubkan. Bola sepak dimainkan pasukan diketuai Kevin Keegan pada 1990an adalah menakjubkan.”



AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button