EPL: Chelsea terdesak elak aib

EPL: Chelsea terdesak elak aib

EPL: Chelsea terdesak elak aib
STERLING bakal menjadi pertaruhan Pochettino berdasarkan pengalaman dan kematangannya untuk merobek gawang Luton awal pagi esok. – AFP

LONDON – Perlawanan ketiga menentang Luton Town pada aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi esok menjadi misi cukup penting buat Chelsea dalam misi mencari kemenangan pertama selepas sekadar meraih satu mata dalam dua perlawanan awal.

The Blues bakal turun mempertaruhkan elemen pengalaman berbanding Luton yang baharu musim pertama dalam sejarah beraksi pada saingan utama England itu untuk meraih tiga mata penuh.

Justeru, pengendali pasukan, Mauricio Pochettino mungkin akan membariskan Raheem Sterling sebagai ketua di bahagian serangan pasukan itu biarpun dia berdepan kesukaran untuk menyesuaikan diri ketika musim pertamanya di Stamford Bridge sebelum ini.

Selain itu, Pochettino juga sedang berusaha untuk mengembalikan keyakinan Moisés Caicedo selepas bintang Ecuador itu berdepan ‘mimpi ngeri’ pada aksi debut menentang West Ham United, Ahad lalu apabila menghadiah penalti untuk jaringan ketiga The Hammers.

“Dia beritahu yang dia sudah bersedia dan saya fikir dia bermain baik untuk tempoh 30 minit. Dia mungkin sedikit kecewa, namun kami perlu teruskan perjuangan dan saya pasti dia akan jadi pemain lebih baik buat kami.

“Kami perlu kekal tenang dan itulah proses yang kami kena yakin buat masa sekarang,” kata Pochettino.

Selain Sterling, tiga lagi pemain rakan sepasukannya seperti Thiago Silva, Reece James dan Ben Chilwell wajar jadi taruhan kepada Chelsea untuk mengelak dipalit aib oleh Luton Town.

Untuk rekod, The Blues hanya mampu menjaringkan dua gol dalam dua aksi pertama musim ini, masing-masing dijaringkan oleh pemain pertahanan, Axel Disasi dan Carney Chukwuemeka yang kini tersisih enam minggu ekoran kecederaan lutut. – AGENSI

EPL: Chelsea terdesak elak aib

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker