Kedai tayar ranap dalam kebakaran

Kedai tayar ranap dalam kebakaran

Sebuah kedai tayar ranap dalam kebakaran di Jalan Rotan Balai, Taman Ria Plentong di sini pada awal pagi hari ini. – Foto NSTP/Ihsan BombaJOHOR BAHRU: Sebuah kedai tayar ranap dalam kebakaran yang berlaku pada awal pagi hari ini di Jalan Rotan Balai, Taman Ria Plentong di sini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor, berkata 32 anggota termasuk anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Pasir Gudang, Tebrau dan Bandar Baru Kulai bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.46 pagi tadi.

Katanya, kebakaran membabitkan rumah kedai dua tingkat jenis kekal dan musnah 90 peratus.

“Kejadian tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa. Operasi masih dijalankan,” katanya menerusi siaran media hari ini.



Sementara itu, seorang penduduk, Jamil Hussein, berkata kedudukan kedai tayar bersebelahan dengan stesen minyak turut mengundang kebimbangan ramai.

“Bagaimanapun, anggota bomba dapat mengawal kebakaran daripada marak ke stesen minyak mahupun unit kedai lain,” katanya.

Tebing sungai runtuh, halaman rumah ranap

Kedai tayar ranap dalam kebakaran

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker