Lelaki maut kereta dipandu terjunam dalam parit 7 meter
Lelaki maut kereta dipandu terjunam dalam parit 7 meter

MANJUNG: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam parit sedalam tujuh meter di Jalan Utama Datuk Seri Kamarudin, di sini, pagi tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi membabitkan sebuah Perodua Kancil, dengan mangsa dikatakan tersepit dalam kereta terbabit.
Pegawai Pusat Gerakan Operasi Negeri Perak, Penolong Penguasa Bomba Mohd Faisal Mohd Izham, berkata sejurus menerima panggilan mengenai kejadian itu, sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi untuk membantu.
“Anggota kami membantu mengeluarkan seorang lelaki dari Perodua Kancil berkenaan yang tersepit di tempat duduk pemandu.
“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Lelaki maut kereta dipandu terjunam dalam parit 7 meter
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Adakah Muhyiddin Akan Letak Jawatan Presiden PPBM & Pengerusi PN Jika Di Dakwa?
- Dr Akmal Saleh ; calon Ketua Pemuda Umno
- Wan Rosdy tanding Naib Presiden Umno
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best