Pahang bakal miliki kota pentadbiran berpusat

KUANTAN : Selain Putrajaya di peringkat Persekutuan dan Kota Iskandar di Negeri Johor, Pahang bakal menjadi negeri seterusnya yang mempunyai pusat pentadbiran yang berpusat.

“Alhamdulillah, hari ini saya berpeluang meninjau sendiri pembinaan kompleks Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS) yang terletak di KOTASAS, Kuantan” kata YAB Fadzli Kamal,  Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan & Badan- badan Kerajaan. Bersama Exco Kerja Raya, Pengangkutan & Kesihatan Negeri Pahang, YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, dan Setiausaha Kerajaan Pahang, YB Dato’ Sri Dr Salehuddin Ishak.

Berilhamkan Jata Negeri Pahang, PPSAS berciri moden dan mengumpulkan semua pejabat Kerajaan Negeri dalam satu kompleks. PPSAS yang mengaplikasi teknologi hijau ini bakal menggantikan pusat pentadbiran Kerajaan Negeri sekarang di Wisma Sri Pahang yang telah berusia lebih 55 tahun.

“Matlamat PPSAS adalah bagi memudahkan urusan orang awam, memberi keselesaan seperti tempat meletak kenderaan yang banyak serta melonjakkan keberkesanan pentadbiran negeri.” kata Fadzli Kamal.

“Suka untuk saya kongsikan bahawa pembinaan PPSAS sudah mencapai 90 peratus dan sedang berada dalam fasa akhir. Ia dijangka boleh mula digunakan secara berperingkat menjelang Mei 2023.” tambahan beliau lagi.

Turut bersama dalam lawatan ini ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Pengurusan), YH Dato’ Zakaria Ibrahim,
YB Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Dato’ Saiful Edris Zainuddin dan Pengarah JKR Negeri Pahang, YH Dato’ Ir Ts Hafizah Zakaria.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker