Para Peserta Tunjuk Peningkatan, Namun Rezeki Tak Memihak Kepada Beduk

Ini Yang Terjadi Dalam Awesome Raja Lawak Minggu Keempat

Para Peserta Tunjuk Peningkatan, Namun Rezeki Tak Memihak Kepada Beduk

Seperti yang dijangka, program Awesome Raja Lawak minggu keempat telah berjalan dengan lancar Rabu lalu dan para peserta juga telah menunjukkan peningkatan.

Hal demikian turut diakui oleh Pengarah Urusan Awesome TV, Johan Ishak yang mengakui pihaknya gembira dengan prestasi ditunjukkan para peserta.

“Secara keseluruhan, kami gembira dengan prestasi dan energi luar biasa para peserta Awesome Raja Lawak untuk minggu keempat yang bangkit dengan penceritaan yang bagus dan relevan dengan perkembangan semasa. Malah, daripada segi keserasian juga semakin baik.

“Rata-rata peserta menunjukkan peningkatan dalam aspek penguasaan teknik bagi menyampaikan lawak dengan
berkesan dan teratur. Bukan itu sahaja, idea segar yang dicurahkan juga menarik dan menyerlah. Ini terbukti
menerusi komen-komen positif yang dilontarkan oleh ketiga-tiga juri tetap (Saiful Apek, Ayda Jebat dan Khir
Rahman) di mana rata-ratanya barisan peserta dianggap telah berjaya mempersembahkan sketsa bertaraf ‘final’
dan cukup berkualiti.

“Dalam menghasilkan sesebuah ‘content’ khususnya genre komedi, elemen paling penting dalam membuat jenaka adalah idea. Manakala tiga perkara asas yang perlu dititikberatkan ialah mencari bahan atau idea, menyusun bahan tersebut dan cara menterjemahkan sesuatu bahan secara visual. Oleh itu, kreativiti yang dipersembahkan oleh para peserta untuk minggu keempat yang bertemakan ‘Loghat’ harus diberi kredit kerana usaha keras mereka ternyata menjadi,” katanya.

 

Para Peserta Tunjuk Peningkatan, Namun Rezeki Tak Memihak Kepada Beduk

Awesome Raja Lawak minggu keempat menyaksikan Soda meraih markah tertinggi sebanyak 87 peratus. Namun rezeki tidak memihak kepada kumpulan Beduk yang tersingkir dengan markah keseluruhan sebanyak 55 peratus.



“Kami dah tinggalkan segala masalah dan lakukan yang terbaik dalam persembahan minggu ini. Kami dah anggap rakan-rakan peserta dalam Awesome Raja Lawak ini macam keluarga, ada adik, ada abang.

“Kami kemana pergi memang berdua saja, kami juga buat pengacaraan secara freelance, jadi bersedialah rakyat Malaysia, lepas ni harga dah naik,” seloroh Beduk.

Dalam pada itu, peserta duo ini juga meninggalkan kata-kata pesanan buat rakan seperjuangan yang masih bertahan dalam pertandingan tersebut.

“Buat kawan-kawan atau adik beradik kami dalam Awesome Raja Lawak ini, kami doakan anda sukses dan semoga sampai ke final,” kata mereka.

Berikut adalah senarai markah penuh bagi setiap peserta Awesome Raja Lawak minggu keempat:

1. Soda 87%
2. Azhar 78%
3. Sedare 75%
4. Sesah 70%
5. Semmat 69%
6. Se’eh 67%
7. Manja 66%
8. Mabo 63%
9. Hanif 63%
10. Pelan 57%
11. Beduk 55% – Tersingkir



SPR perlu bebas pengaruh kerajaan, parti politik – Sultan Perak

Para Peserta Tunjuk Peningkatan, Namun Rezeki Tak Memihak Kepada Beduk


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Mesyuarat Top5 Umno masih diselubungi misteri

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker