Pekerja asing rentung kebakaran rumah kedai

Pekerja asing rentung kebakaran rumah kedai

Pekerja asing rentung kebakaran rumah kedai
Lokasi kejadian seorang lelaki warga asing ditemui rentung dalam kebakaran di sebuah rumah, di Dataran Millenia, Lobak, awal pagi hari ini. NSTP/Ahmad Hasbi.

SEREMBAN: Seorang lelaki warga asing ditemui rentung dalam satu kebakaran di sebuah rumah pekerja di tingkat tiga rumah kedai dekat Dataran Millenia, Lobak, di sini wal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, rakan serumah mangsa yang juga warga asing berusia 45 tahun berjaya diselamatkan pihak bomba.

“Siasatan awal mendapati si mati adalah pekerja di Pasar Besar Seremban. Pemeriksaan pada tubuh mangsa tidak menemui sebarang unsur jenayah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Arifai berkata, punca sebenar kebakaran masih disiasat Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Jelas beliau, orang awam yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Adi Khusaini Saripudin di talian 012-7707282 atau Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban di 06-6033222.

Pekerja asing rentung kebakaran rumah kedai

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tidak benar ahli UMNO tidak berpuas hati dengan Amizar

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker