5 maut pesawat perubatan terhempas di Nevada

5 maut pesawat perubatan terhempas di Nevada

5 maut pesawat perubatan terhempas di Nevada
5 maut pesawat perubatan terhempas di Nevada

WASHINGTON: Sebuah pesawat perubatan yang membawa lima individu termasuk seorang pesakit terhempas di kawasan pergunungan Nevada, barat Amerika Syarikat (AS).

Pengendali pesawat memaklumkan kesemua lima individu berkenaan terkorban dalam nahas itu.

REMSA Health dalam satu kenyataan menyatakan pesawat itu hilang dari radar pada Jumaat lalu di luar bandar Stagecoach, berhampiran sempadan Nevada dengan California.



“Kami menerima maklumat dari Jabatan Bomba Lyon Tengah bahawa semua penumpang yang menaiki pesawat itu terkorban dalam nahas tersebut.

“Pihak kami mengucapkan takziah kepada keluarga mereka,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, selain juruterbang, pesawat itu turut membawa seorang jururawat, paramedik, pesakit dan ahli keluarga pesakit.

Nahas itu berlaku di tengah-tengah amaran ribut musim sejuk yang dikeluarkan oleh Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan di Reno untuk sebahagian besar Nevada, termasuk di bahagian Lyon. – AFP/AGENSI



Pesawat terhempas babit 2 jurulatih penerbangan, 1 maut

 

5 maut pesawat perubatan terhempas di Nevada

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button