Anggota TLDM meninggal dunia selepas 24 jam bertarung nyawa

Anggota TLDM meninggal dunia selepas 24 jam bertarung nyawa

Anggota TLDM meninggal dunia selepas 24 jam bertarung nyawa
Nahas motosikal terbakar di Batu 17 Pantai Remis kelmarin. – Foto ihsan Bomba

MANJUNG: Selepas kira-kira 24 jam bertarung nyawa, mangsa kedua nahas motosikal terbakar di Batu 17 Pantai Remis kelmarin, meninggal dunia ketika dalam rawatan di Hospital Seri Manjung, dekat sini, semalam.

Mangsa, Mohamad Tahir Selamat, 39, yang juga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), meninggal dunia dalam wad pada jam 3.43 petang.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, berkata bedah siasat mendapati kematian mangsa akibat kesan melecur teruk yang dialami dalam kemalangan itu.



Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi kelmarin, Mohamad Tahir yang menaiki Modenas Kris berlanggar dengan sebuah lagi motosikal Yamaha Sport ditunggang nelayan, Ramli Abdul Hamid, 60.

Akibat kemalangan berkenaan, kedua-dua motosikal terbakar dan menyebabkan mereka melecur teruk.

Ramli disahkan maut di lokasi, manakala Mohamad Tahir dikejarkan ke Hospital Seri Manjung untuk dirawat.

Dipenjara 18 bulan kerana langgar kereta polis



Anggota TLDM meninggal dunia selepas 24 jam bertarung nyawa

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :




Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button