DBKL tutup 11 rumah urut jadi pusat pelacuran, tahan 18 pelayan seks
DBKL tutup 11 rumah urut jadi pusat pelacuran, tahan 18 pelayan seks

KUALA LUMPUR: Sebanyak 11 rumah urut yang dikesan terbabit dengan aktiviti pelacuran ditutup serta merta oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Tindakan Khas Premis Berisiko (Aktiviti Rumah Urut/Pelacuran) Siri 3/2023 sekitar Kepong dan Seputeh di sini, semalam.
DBKL dalam kenyataannya, berkata tindakan diambil susulan risikan pasukan penguat kuasa terhadap beberapa lokasi tumpuan yang menjalankan aktiviti tidak bermoral.
“Hasil risikan itu juga mendapati ada beberapa premis rumah urut yang menawarkan aktiviti pelacuran.
“Dalam operasi ini, sejumlah 11 buah premis diserbu pihak penguat kuasa dan dikenakan tindakan penutupan serta merta mengikut Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976,” katanya.

DBKL turut mengeluarkan 11 notis kompaun mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016, atas kesalahan melantik pembantu dan menjalankan apa-apa aktiviti perniagaan tanpa kebenaran atau lesen daripada pihak DBKL.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Letak jawatan tidak jadikan Wan Saiful ‘bersih’
- Skandal Jana Wibawa: Rupanya Ramai Kontraktor Cina Mendapat Taraf Bumiputera Di Era PN
- Parlimen Di Maklumkan Siasatan SPRM Ke Atas Nazlan Sudah Lengkap
- Apa agak nya dalil PAS mahu terus subahat dengan Parti Penyakau?
Dalam pada itu, DBKL menahan sementara 18 orang wanita warga negara asing, terdiri daripada tiga warga Indonesia, empat warga Thailand, seorang warga Vietnam, dua warga Filipina dan lapan warga China yang disyaki sebagai tukang urut dan pelayan seks.
DBKL turut memecahkan 35 buah sekatan bilik yang dibina tanpa kelulusan serta membuat tindakan sita terhadap 92 pelbagai barangan dan peralatan bagi menjalankan aktiviti tidak bermoral termasuk kondom, minyak pelincir, tisu basah, monitor, modem wifi, cctv dan lain-lain.
“Barangan yang disita, dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL, Jalan Lombong, Taman Miharja untuk didokumentasi dan penyimpanan sementara sebelum tindakan lanjut terhadap pemilik premis,” katanya.
DBKL tutup 11 rumah urut jadi pusat pelacuran, tahan 18 pelayan seks