MotoGP: Martin terima bahana silap pilih tayar

MotoGP: Martin terima bahana silap pilih tayar

MotoGP: Martin terima bahana silap pilih tayar
MARTIN sekadar meraih tempat kelima saingan GP Australia kelmarin selepas hilang cengkaman pada tayarnya di hujung perlumbaan. – AFP

MELBOURNE – Pelumba Pramac Racing, Jorge Martin mengakui kesilapan pemilihan tayar pada Grand Prix (GP) Australia kelmarin menjadi punca kegagalanya untuk menamatkan perlumbaan dengan mata penting terutama dalam misi memburu kejuaraan dunia MotoGP 2023.

Pelumba Sepanyol itu dalam landasan terbaik untuk merapatkan jurang mata dengan pelumba Ducati, Francesco ‘Pecco’ Bagnaia, namun segala berubah apabila Martin sekadar menamatkan saingan tempat kelima biarpun pada mulanya mendominasi perlumbaan tersebut dengan kelebihan tiga saat.

Setelah mengambil risiko memilih komponen tayar yang lebih lembut daripada pesaingnya, Martin mengalami penurunan prestasi pada penghujung perlumbaan sebelum dipintas Bagnaia dan juga Johann Zarco yang menjuarai perlumbaan tersebut.



Hasil keputusan tersebut, Martin kini ketinggalan 27 mata di belakang Bagnaia dan kini pelumba Sepanyol itu mempunyai baki empat perlumbaan untuk bangkit mengejar kedudukan tersebut.

“Kini semua sudah jelas dan mudah untuk difahami bahawa pemilihan tayar lembut bukanlah yang tepat dan medium adalah yang terbaik. Tetapi, itulah yang berlaku sewaktu di Phillip Island.

“Pada perlumbaan tersebut, saya menguruskan saingan dengan cukup baik apabila meninggalkan pelumba lain jauh dibelakang.

“Tetapi pada baki enam pusingan, saya mula bergelut dan tiada lagi cengkaman pada tayar belakang. Sukar untuk saya mengekalkan perlumbaan itu dan tidak mungkin saya mampu
melakar kemenangan,” kata Martin.



Biarpun gagal menaiki podium, Martin menerima sokongan padu dari ketua pasukan Pramac Ducati, Gino Borsoi sambil menambah ia adalah keputusan bersama antara pelumba dan pasukan.

Impian Martin untuk bangkit mencipta kejutan pada perlumbaan Sprint pagi semalam tidak kesampaian apabila saingan tersebut terpaksa dibatalkan kerana keadaan cuaca buruk melanda Australia. – AGENSI

MotoGP: Martin terima bahana silap pilih tayar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

13 Mei 1969: Penipuan Terbesar Tuan Ibrahim Tuan Man

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker