Dijual Dengan Harga RM168K, Gadis Bawah Umur Dipaksa Kahwin

Gadis berusia 16 tahun melarikan diri selepas dia dijual dan dipaksa oleh kedua orang tuanya untuk berkahwin dengan pasangan pilihan mereka.

Macam dalam drama

Kejadian yang berlaku kepada remaja bawah umur di China itu mendapat perhatian media di sana kerana kisahnya sangat dramatik apabila berlakunya episod penculikan dan melarikan diri.

Ketika kejadian, ibu bapa gadis itu sudah pun menjualnya dengan harga RM168,500 (38000 dollar) kepada pihak pengantin lelaki.

Susulan itu, gadis tersebut melarikan diri dari rumahnya untuk berkerja sebagai pekerja asing di sebuah kilang. Kemudian ahli keluarga dan bakal suaminya berjaya menemukan gadis itu sebelum mengheretnya keluar dari bilik dan menculiknya dengan dipaksa masuk ke dalam sebuah kereta.



Tidak lama selepas itu, dia berjaya melarikan diri ketika mereka berhenti di kawasan rehat lebuh raya lalu meminta bantuan kakitangan pekerja disitu untuk menghubungi pihak polis. Selang tiga hari kemudian bapa dan abangnya telah mengambilnya.

Dalam pada itu, pihak hal ehwal sivil tempatan dan pegawai telah memujuk keluarga gadis berkenaan untuk membatalkan niat mereka mengahwinkannya pada usia yang sangat muda. Dalam pada itu, pegawai juga telah memberikan bimbingan psikologi kepada gadis tersebut sebelum keluarganya membawanya pulang.

Sumber: South China Morning Post

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker