Israel mahu bina tembok antiterowong bawah tanah

Israel mahu bina tembok antiterowong bawah tanah

Israel mahu bina tembok antiterowong bawah tanah
FOTO menunjukkan terowong paling luas milik Hamas yang ditemukan Israel, berhampiran lintasan Erez di Gaza. FOTO AFP

Gaza: Israel merancang untuk membina tembok antiterowong bawah tanah di antara Semenanjung Gaza dan Mesir, lapor Agensi Anadolu.

Menurut media Israel, tembok itu dirancang untuk dibina di paksi Philadelphia, selepas tamat perang ke atas Gaza.

Paksi Philadelphia merujuk kepada garis sempadan sejauh 14 kilometer sepanjang sempadan di antara Gaza dan Mesir.



Berdasarkan laporan itu, delegasi Israel juga sudah pergi ke Mesir untuk membincangkan mengenai pembinaan tembok itu.

“Orang Mesir memahami keperluan keselamatan Israel untuk ini,” kata media yang memetik pegawai keselamatan Israel.

Bagaimanapun, setakat ini tiada respons segera daripada Mesir mengenai laporan pembinaan itu.

“Israel takut kewujudan terowong di kawasan Palestin di timur Rafah, yang dianggap lanjutan dari paksi Philadelphia,” kata saluran Israel, i24News.



Menurut saluran itu, Mesir berulang kali mengatakan tidak wujud terowong bawah tanah di kawasan sempadan dengan Semenanjung Gaza.

Namun, Israel tetap percaya bahawa terowong bawah tanah menjadi kunci kepada operasi Hamas di medan perang.

Dalam perkembangan sama, Mesir dilaporkan menolak penempatan pasukan gabungan Mesir-Israel di paksi Philadelphia, menurut media Israel pada hari Isnin.

“Pengeboman Israel ke atas paksi Philadelphia baru-baru ini menimbulkan kemarahan Kaherah, terutamanya kerana kawasan itu tertakluk kepada perjanjian dua hala yang memerlukan mendapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang tindakan ketenteraan,” kata penyiar awam Israel,KAN.

Pegawai Mesir bimbang sebarang operasi ketenteraan Israel di kawasan itu akan memberi kesan langsung kepada keadaan di Semenanjung Sinai.

“Kaherah berulang kali menegaskan bahawa tiada terowong di kawasan ini,” kata KAN.

Israel mahu bina tembok antiterowong bawah tanah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa Wujud Konspirasi Untuk Jatuhkan Anthony Loke Dalam DAP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker