Dua beradik lemas di air terjun
Dua beradik lemas di air terjun

Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Mohd Redzuan Salleh, berkata mayat dua beradik berkenaan ditemui penduduk kampung di dasar sungai selepas kejadian kira-kira 3.20 petang.
Katanya, mangsa ialah Mohamad Syafiq Yusof, 33, dan adiknya Mohamad Syazwan, 25, berasal dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
Beliau berkata, dua beradik berkenaan didapati berkunjung ke kawasan air terjun terbabit bersama tiga rakan lain.
“Mereka mandi di kawasan lubuk sungai, sebelum air berpusar dengan tiba-tiba dan menenggelamkan mereka.
“Empat daripadanya berjaya naik ke permukaan, manakala seorang lagi tenggelam,” katanya.
Mohd Redzuan berkata, abang mangsa yang menyedari adiknya itu tidak timbul, terjun semula untuk menyelamatkannya tetapi gagal.
Beliau berkata, dua mangsa terbabit disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba tidak lama kemudian.
“Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut dan mayat dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat,” katanya.
Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best
Dua beradik lemas di air terjun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Adakah Muhyiddin Akan Letak Jawatan Presiden PPBM & Pengerusi PN Jika Di Dakwa?
- Dr Akmal Saleh ; calon Ketua Pemuda Umno
- Wan Rosdy tanding Naib Presiden Umno
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best