Shila Amzah Akui Ibu Ubai MZ Seorang Penyayang

Terkilan Tidak Ada Di Hari Pernikahan

Shila Amzah Akui Ibu Ubai MZ Seorang Penyayang

Shila Amzah Akui Ibu Ubai MZ Seorang Penyayang

Baru-baru ini, ibu kepada pempengaruh, Ubai MZ yang juga merupakan tunang kepada penyanyi Shila Amzah telah meninggal dunia pada petang Ahad, semalam.

Shila Amzah menyatakan ibu kepada tunangnya itu merupakan seorang wanita yang baik hati dan penyayang



Menerusi hantaran di Instagram miliknya, penyanyi itu memaklumkan dia sangat bersyukur apabila diberi kesempatan untuk hadir dalam kehidupannya iaitu Allahyarham Rohani Jamal Binti Jamal.

Shila Amzah Akui Ibu Ubai MZ Seorang Penyayang

 

Malah, Shila akui dia amat terkilan apabila arwah tidak dapat bersama-sama pada majlis akad nikahnya bersama Ubai yang bakal berlangsung sekitar minggu ini.

Mak (Rohani), terima kasih atas pinjaman waktu ini mak. Lagi seminggu je mak, selamat majlis Ubai dan Sha (Shila).



Mak adalah mak yang baik dan penyayang, isteri yang sangat baik, anak yang baik, kakak yang baik, sahabat yang baik kepada semua yang sayangkan mak.

Sha sayang mak Lillahitaala. Selamat pergi ke negeri abadi. Al-Fatihah.

Difahamkan, ibu kepada Ubai menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.45 petang Ahad sewaktu ditidurkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), pada 24 Julai lalu.

Shila Amzah Akui Ibu Ubai MZ Seorang Penyayang

 



Dalam pada itu, Ubai juga memberitahu ibunya sebelum ini sudah menjalani enam kitaran kimoterapi dan lima kitaran radioterapi susulan kanser ovari yang dihidapi.

Kredit: Instagram

Shila Amzah Akui Ibu Ubai MZ Seorang Penyayang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

MB Selangor Dedahkan Usaha Azmin Haramkan Yayasan Selangor Di Gagalkan



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button