Kertas siasatan Nazlan jadi pembalut belacan?

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Kertas siasatan Nazlan jadi pembalut belacan?

 



Kertas siasatan SPRM yang telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara sebelum ini akhirnya kini hanya sekadar kertas ‘pembalut belacan’?

Ini berikutan kenyataan Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat, selepas Menteri Undang-Undang, Azalina Othman mendedahkan di Parlimen kertas siasatan telah ke Ketua Hakim Negara.

Kertas siasatan Nazlan jadi pembalut belacan?

Tengku Maimun menyatakan siasatan yang dijalankan SPRM terhadap Nazlan Ghazali tidak mengikut protokol yang sepatutnya.



Laporan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, berhubung pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009, telah diserahkan kepada Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman berkata SPRM, memaklumkan perkara itu kepada beliau menerusi surat bertarikh 21 Feb 2023. – Laporan SPRM Terhadap Nazlan

Kenyataan Maimun agak berbeza pada 8 Ogos 2019, yang menyatakan Badan Kehakiman akan merujuk kepada SPRM sekiranya seseorang Hakim mempunyai aset yang meragukan.

Kertas siasatan Nazlan jadi pembalut belacan?



Nazlan, sebelum ini didedahkan oleh Raja Petra Kamarudin mempunyai pengetahuan penubuhan SRC International dan didakwa telah menerima sejumlah wang dari Jho Low sebagai ‘bayaran perkhimatan’.

Badan Kehakiman akan merujuk kepada pihak berkaitan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya sumber pemerolehan aset seseorang hakim diragukan dan terdapat bukti bahawa ia diperolehi secara tidak sah, kata Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Utama Tengku Maimun Tuan Mat. – Tengku Maimun Tuan Mat



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button