Kes mayat di kebun buah naga: Reman 5 warga Myanmar disambung seminggu

Kes mayat di kebun buah naga: Reman 5 warga Myanmar disambung seminggu

Kes mayat di kebun buah naga: Reman 5 warga Myanmar disambung seminggu

SEREMBAN: Lima lelaki warga Myanmar yang disyaki terbabit kes pembunuhan seorang pemilik kebun buah naga di Tanah Merah, Port Dickson, selepas mayat mangsa ditemukan pada 18 Februari lalu, disambung reman selama seminggu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata perintah sambung reman terhadap kesemua suspek berusia dalam lingkungan 19 hingga 49 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Seremban, Loh Xian Yi, hari ini.



Tempoh reman selama seminggu yang dibenarkan sebelum ini, tamat hari ini

“Kesemua suspek didapati tiada dokumen perjalanan yang sah, dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Sebelum ini, mayat mangsa lelaki berusia 44 tahun itu ditemukan dalam keadaan tertiarap serta kedua-dua kaki dan tangan diikat dengan tali di kebun terbabit, dipercayai dibunuh bermotifkan dendam.

Susulan itu, polis menahan empat lelaki di Shah Alam, Selangor, dan seorang lagi di Pasar Borong Selayang, Kuala Lumpur, pada 19 Februari lalu. – BERNAMA



 

Mayat lelaki ditemui di kebun buah naga dipercayai dibunuh

Kes mayat di kebun buah naga: Reman 5 warga Myanmar disambung seminggu

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button