Kerajaan Perlu Siasat Perbelanjaan RM282 Juta Untuk Pelan Komunikasi Strategik Di Era Ismail Sabri

@thebutler898

Team Media Perpaduan satu sen tak dapat tp Mail n the Butler sapu RM282 Juta wang rakyat hanya untuk Media !! #fyp #viral #hotisu #panas

♬ original sound – THE BUTLER – THE BUTLER

Kerajaan Perlu Siasat Perbelanjaan RM282 Juta Untuk Pelan Komunikasi Strategik Di Era Ismail Sabri

Kita sudah sedia maklum mengenai ketirisan duit rakyat dalam projek Jana Wibawa di era Muhyiddin Yasin menjadi perdana menteri.



Kini mula diperkatakan mengenai perbelanjaan RM282 juta yang dibelanjakan di era Ismail Sabri untuk projek Pelan Komunikasi Strategik.

Rakyat mahu tahu, dengan duit sebanyak RM282 juta yang dibelanjakan itu, apa munafaatnya kepada rakyat dan negara?

Kerajaan Perpaduan mesti menyiasat secara terperinci setiap sen yang dibelanjakan kerana vendor yang terlibat dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan orang kuat Ismail Sabri.

Antara vendor yang terlibat adalah Violet Pacific, Terranego, 99 Media, AACWL Tech dan ITVCAD.



Kelima-lima vendor tersebut dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Dato’ Ruhaidini Kadir yang merupakan Pengarah Media Ismail Sabri.

Kerajaan Perlu Siasat Perbelanjaan RM282 Juta Untuk Pelan Komunikasi Strategik Di Era Ismail Sabri

Pada 4 April 2022, Ismail Sabri dikatakan telah minitkan kepada satu agensi di MOF supaya melantik vendor yang beliau tetapkan.

Projek pertama dibahagikan kepada 6 bahagian:



  1. Media Arus Perdana (RM91.28 juta)
  2. Pengurusan Kandungan Kreatif (RM28.5 juta)
  3. Research & Digital Seeding (RM10 juta)
  4. Bengkel Komunikasi (RM3 juta)
  5. Jalinan Perhubungan Awam (RM8 juta)
  6. Penjenamaan & Pengurusan Krisis (RM15 juta)

Jumlah keseluruhan yang dibelanjakan dalam projek pertama adalah sebanyak RM165.78 juta.

Manakala untuk projek kedua pula dibahagikan kepada 4 bahagian:

  1. Pemasaran Digital (RM30 juta)
  2. Research & Digital Seeding (RM9 juta)
  3. Media Infoboard (RM50 juta)
  4. Cenderamata (RM27.5 juta)

Jumlah keseluruhan perbelanjaan bagi projek kedua adalah sebanyak RM116.5 juta.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan perbelanjaan bagi Pelan Komunikasi Strategik adalah sebanyak RM282 juta.



Pelbagai persoalan yang timbul dari sudut pengagihan projek tersebut.

Adakah ianya dibuat secara runding terus?

Menagapakah kelima-lima vendor itu sahaja yang diberikan kontrak?

Dan mengapa Ismail Sabri sendiri mesti minitkan kepada Kementerian Kewangan supaya kontrak hanya diberikan kepada vendor pilihan beliau?



 

Kerajaan Perlu Siasat Perbelanjaan RM282 Juta Untuk Pelan Komunikasi Strategik Di Era Ismail Sabri

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button