Resepi Bendi Goreng Bercili

Resepi Bendi Goreng Bercili
Resepi Bendi Goreng Bercili

 

Bendi Goreng Bercili yang mudah disediakan tetapi sangat sedap. Bendi ini tidak harus digoreng terlalu lama kerana nanti ia terlebih layu dan lembik. Cukup sekadar goreng di atas api yang besar sehingga sedikit layu supaya kerangupan bendi dapat dikekalkan. Untuk resepi ini Che Nom tidak masukkan langsung garam kerana ikan bilis dan sos tiram sudah masin rasanya. Tetapi terpulang kepada selera anda, boleh juga dimasukkan sedikit garam dan gula juka suka.

 

Bahan-bahan:

 

  • 1 mangkuk bendi, yang dihiris nipis
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit minyak untuk menumis
  • Bahan-bahan untuk tumbuk kasar:
    • 3 biji bawang merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 genggam ikan bilis

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk masak bendi goreng:
    1. Tumbuk bahan-bahan untuk ditumbuk kasar dan ketepikan.
    2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sehingga sedikit garing dan keperangan.
    3. Masukkan pula cili kisar. Masak sehingga pecah minyak.
    4. Masukkan sos tiram kemudian diikuti dengan bendi yang sudah dihiris nipis. Goreng sehingga semua bahan sebati dan bendi menjadi layu.
    5. Masukkan sedikit garam dan gula jika suka.

 

Tip:

 

  • Pastikan bendi dilap kering dahulu sebelum menggoreng kerana nanti bendi akan menjadi berair dan tidak rangup.

Terung Goreng Kicap Bercili

Resepi Bendi Goreng Bercili


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker