Ribuan penduduk California bergelap tanpa bekalan elektrik 

Ribuan penduduk California bergelap tanpa bekalan elektrik 

Ribuan penduduk California bergelap tanpa bekalan elektrik 
JENTERA pembersih salji menyusuri jalan sepanjang Mt. Baldy Road, bandar Mount Baldy di California. – AFP

LOS ANGELES: Hampir 85,000 kediaman dan premis perniagaan di kawasan Los Angeles terputus bekalan elektrik ketika ribut terus melanda beberapa bahagian di California.

Fenomena ribut musim sejuk itu turut mencetuskan hujan lebat dan hujan batu sehingga mengakibatkan lebuh raya banjir, walaupun salji lebat melitupi kawasan tanah tinggi.

Menurut Jabatan Pengangkutan California, lebuh raya utama menghala ke utara, Interstate 5 masih ditutup kerana salji tebal manakala beberapa lagi lebuh raya di selatan dan sekitar Los Angeles ditutup susulan banjir.

Dilaporkan, San Francisco dijangka mengalami suhu sejuk, malah Agensi Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) memberi amaran kepada penduduk Sacramento untuk tidak melakukan perjalanan sehingga Rabu berikutan hujan dan salji lebat bakal berlaku semula selepas cuaca dilaporkan baik semalam.

“Kesan ekstrem daripada salji lebat dan angin kencang akan menyebabkan pemanduan berbahaya, serta kemungkinan penutupan jalan akan dilakukan secara meluas selain impak infrastruktur,” jelas NWS itu menerusi Twitter.

Selain itu, Taman Negara Yosemite ditutup sehingga Rabu kerana musim sejuk yang semakin memburuk.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Sementara itu, pegawai di Pusat Ramalan Cuaca NWS di College Park, Maryland, Bryan Jackson berkata, sistem tekanan rendah yang didorong dari Artik menyebabkan keadaan luar biasa dialami di kawasan itu pada ketika ini.

“Keadaan musim sejuk melampau dan ribut jarang berlaku di selatan California,” katanya.

Dilaporkan, salji tebal melitupi seluruh Los Angeles termasuk di sekitar kawasan ikonik, Hollywood buat pertama kali dalam tempoh tiga dekad.

Malah, orang ramai di Los Angeles juga menjadi teruja dengan pemandangan salji luar biasa di sekitar papan tanda Hollywood. – REUTERS/AGENSI

Salji luar biasa di Los Angeles dalam tiga dekad

Ribuan penduduk California bergelap tanpa bekalan elektrik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker