Rumah teres terbakar
Rumah teres terbakar

SABAK BERNAM: Enam rumah teres di Jalan Melor, Taman Pertama, di sini terbakar 1.45 tengah hari tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, berkata tiada kemalangan jiwa kerana semua penghuni berjaya menyelamatkan diri.
Beliau berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 1.50 petang dan 14 pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam dan Sungai Besar dikejarkan ke tempat kejadian.
“Menurut laporan awal, kejadian membabitkan sebuah rumah teres dua tingkat yang terbakar di bilik tingkat atas.
“Api merebak melalui bahagian bumbung akibat tiada dinding pemisah sehingga paras bumbung antara setiap rumah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Hafisham berkata, api berjaya dikawal pada jam 2.10 petang.
Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best
Rumah teres terbakar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Adakah Muhyiddin Akan Letak Jawatan Presiden PPBM & Pengerusi PN Jika Di Dakwa?
- Dr Akmal Saleh ; calon Ketua Pemuda Umno
- Wan Rosdy tanding Naib Presiden Umno
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best