Video tular: Polis bebas dua remaja

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki yang direman dua hari berhubung kes video tular kerana tidak berpuas hati dengan kertas soalan Sejarah pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kelmarin, dibebaskan dengan jaminan polis.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata ini selepas pihaknya berpuas hati dengan siasatan yang dijalankan.
Beliau berkata, kertas siasatan akan dilengkapkan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Selangor untuk nasihat dan pandangan.
“Polis memberi jaminan untuk mempercepatkan siasatan kes ini kerana ia membabitkan pelajar sekolah.
“Tahanan reman selama dua hari terhadap ini dibuat atas alasan seperti merakam keterangan pelajar yang terlibat dengan lebih teliti, menyemak fakta dari pihak berkaitan, termasuk isi kandungan telefon bimbit dan mendapatkan laporan disiplin dari pihak sekolah,” katanya hari ini.
Sementara itu, Suffian berkata, polis mendapati kumpulan peguam Lawyers of Liberty mengecam kenyataan dibuat polis susulan kes terbabit.
Beliau berkata, polis masih meneruskan siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Tindakan penahanan yang dibuat mengikut peruntukan undang-undang. Semua pihak tertakluk kepada undang-undang termasuk pelajar,” katanya.
Dua remaja lelaki masing-masing berusia 18 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung video yang tular di laman TikTok dan Facebook.
Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best
Video tular: Polis bebas dua remaja
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Adakah Muhyiddin Akan Letak Jawatan Presiden PPBM & Pengerusi PN Jika Di Dakwa?
- Dr Akmal Saleh ; calon Ketua Pemuda Umno
- Wan Rosdy tanding Naib Presiden Umno
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best