Warga Emas Tembak Kemaluan Anak Saudara Guna Senapang

Gara-gara bertelagah kerana harta, seorang lelaki warga emas di India bertindak menembak kemaluan anak saudaranya sendiri menggunakan senapang.

Pertengkaran antara pak cik dan anak saudara itu dikatakan berlaku kerana suspek didakwa mengambil pasir dipercayai milik mangsa tanpa sebarang kebenaran.

Difahamkan, kejadian yang berlaku di Bandar Ajmer Rajasthan itu berpunca daripada rasa bengang suspek selepas dicabar beberapa kali oleh mangsa.

Disebabkan itu, suspek membedil bahagian kemaluan anak saudaranya selepas mengacukan senapang tanpa berfikir panjang. Susulan itu, mangsa segera dikejarkan ke Hospital Kerajaan Amritkaur selepas keadaannya semakin kritikal.

Bukan itu sahaja, video kejadian tersebut turut tular di media sosial selepas dimuat naik oleh mangsa sendiri pada Khamis lalu.

Walau bagaimanapun, siasatan berkenaan kejadian itu masih lagi dijalankan oleh pihak polis untuk mengenal pasti sebab utama pertelingkahan tersebut berlaku.

Sumber: India.com

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker