Ketua UMNO Bahagian Shah Alam didakwa salah guna harta

Ketua UMNO Bahagian Shah Alam didakwa salah guna harta

Ketua UMNO Bahagian Shah Alam didakwa salah guna harta
Azhari (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas enam pertuduhan, hari ini. – Foto NSTP/FAIZ ANUAR

SHAH ALAM: Ketua UMNO Bahagian Shah Alam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan, termasuk salah guna harta berjumlah RM440,000 bagi program korban perdana dan sumbangan pakaian sekolah anak yatim serta menggunakan dokumen palsu pada 2010 dan 2017.

Tertuduh, Datuk Azhari Shaari, 53, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut pertuduhan, Azhari didakwa sebagai penandatangan tunggal akaun bank atas nama Persatuan Belia Kampung Kuantan Timur; Persatuan Belia Bersatu Teguh Shah Alam dan Persatuan Belia Kampung Kuantan Utara, secara tidak jujur menyalahgunakan dana bagi program ibadah korban dan sumbangan pakaian sekolah anak yatim masing-masing berjumlah RM120,000; RM120,000 dan RM200,000.



Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 8 dan 27 September 2017 di sebuah cawangan bank di Pelabuhan Klang, Klang.

Azhari didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dan dengan sebat, dan boleh juga dikenakan denda.

Bagi kesalahan penggunaan dokumen palsu, ahli politik itu didakwa secara tidak jujur menggunakan sebagai tulen masing-masing tiga dokumen, iaitu minit mesyuarat agung tahunan pada 2009 persatuan-persatuan berkenaan yang dia ketahui dokumen palsu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Dia didakwa melakukan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun yang sama. Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.



Azhari didakwa melakukan kesalahan itu di cawangan bank yang sama pada 19 Mei 2010.

Timbalan Pendakwa Raya, Allan Suman Pillai menawarkan jaminan sebanyak RM100,000 bagi semua pertuduhan dengan dua orang penjamin serta syarat tambahan menyerahkan passport kepada mahkamah.

Peguam yang mewakili Azhari, S Ashok Kandiah memohon jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap.

Hakim kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM80,000 bagi semua pertuduhan dengan dua orang penjamin berserta syarat tambahan yang dikemuka pihak pendakwaan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 13 April depan.

Umum rehat politik, Azmin takut kalah

 

Ketua UMNO Bahagian Shah Alam didakwa salah guna harta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Umum rehat politik, Azmin takut kalah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker