Pasar Siti Khadijah Huru Hara Dengan Dua Pergaduhan Serentak

Pasar Siti Khadijah Huru Hara Dengan Dua Pergaduhan Serentak

Pasar Siti Khadijah Huru Hara Dengan Dua Pergaduhan Serentak
Pasar Siti Khadijah Huru Hara Dengan Dua Pergaduhan Serentak

Takut bila tengok orang bergaduh dekat tempat awam ni. Sekarang ni viral pula video pergaduhan melibatkan beberapa orang lelaki dan wanita di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu Kelantan.

Kejadian ini dipercayai berlaku pada hari Selasa di kawasan premis perniagaan, berdekatan Pasar Siti Khadijah. Video itu disebarkan pengguna media sosial tetapi tidak dapat dipastikan apa punca pergaduhan tercetus.

Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu. Palestin sedang berperang bermandikan darah, kita di sini bergaduh. Kes apa tak pasti.

Pasar Siti Khadijah Huru Hara Dengan Dua Pergaduhan Serentak

Dalam video berdurasi lebih satu minit itu, dapat dilihat berlaku dua pergaduhan serentak di kawasan yang sama. Pelanggan dan peniaga yang berada di situ juga cuba meleraikan pergaduhan.



Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner, Mohd Rosdi Daud mengesahkan pihaknya menerima dua laporan polis daripada kedua-dua belah pihak untuk menyelesaikan kes. Bagaimanapun, kaedah itu tidak boleh diterima polis kerana ia telah memberikan kesan yang buruk kerana menjejaskan keamanan masyarakat.

Jadi pihak polis akan terus menjalankan siasatan lanjut dan tindakan susulan akan diambil kerana tidak mahu orang ramai akan terbiasa dengan tindakan sendiri dengan membelakangi peruntukan undang-undang semasa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan, semua yang terlibat boleh dipenjara 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kredit: Facebook


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apa Agenda Sebenar MP Perikatan Nasional Menyokong Kerajaan

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker