Kelebihan kerajaan Anwar tidak menjual aset seperti kerajaan Mahathir.

 

Oleh Adam Malik

Jika hendak di ikutkan kepada data  dan perincian , kerajaan Anwar lebih berkedudukan parah kerana mewarisi kerajaan peninggalan Muhyiddin Yassin.

Muhyiddn Yassin mewarisi kerajaan peninggalan Tun Mahathir.

Ismail Sabri pula sekadar menjadi Perdana Menteri bawah kawalan Muhyiddin dengan perjanjian sulit.



Bahkan Ismail Sabri sendiri tidak bebas memilih Jemaah Menteri dari UMNO ikut suka nya ,melainkan yang di‘approve”oleh Muhyiddin sahaja.

Malah Ismail juga tidak boleh menukar Peguam Negara apabila sudah habis tempoh dan mesti mengekal orang sama yang dilantik Muhyiddin.

Muhyiddn sendiri mesti dilantik oleh Ismail untuk jawatan Pengerusi MPN.

Selain itu Datuk Ismail Sabri  harus menyerah separuh peruntukan Pejabat Perdana Menteri kepada Muhyiddin Yassin seperti kenyataan Mukhriz Mahathir yang Ismail Sabri masih belum berani jawab.



Maka, Datuk Seri Ismail Sabri sekadar Perdana Menteri untuk ‘pertahankan’ Muhyiddin dan berfungsi sebagai kesinambungan sahaja .

Penyelewengan yang didapati oleh kerajaan Anwar terhadap kepimpinan Muhyiddin tidak  dijumpai oleh Ismail Sabri.

Semalam Anwar Ibrahim  telah membuat kenyataan bahawa penjawat dan kakitangan awam harus bersabar sebelum kerajaan nya mampu memberi imbuhan dan kenaikan gaji.

Ini kerana keadaan kewangan belum mengizinkan kata Anwar.

Jika dilihat, sebenar nya Anwar telah mengambil dasar hampir sama yang dilakukan oleh Tun Mahathir.

Tun Mahathir telah berulang kali membuat kenyataan bahawa kerajaan nya tidak mampu memberi macam macam kepada rakyat kerana kerajaan ketiadaan wang kerana konon konon nya negara berada didalam kesusahan kerana hutang 1MDB dan kerana Najib Razak sudah habiskan wang.

Rakyat mesti ikat perut , jangan meminta minta dan jangan iri hati kepada orang kaya.

Kesemua bohong Mahathir akhir nya terdedah sebagai penipuan apabila negara ada wang ratusan billion untuk diberi dan dibelanja seperti yang dapat kita lihat hari ini.

Lebih teruk Ketika Mahathir mengatakan negara banyak hutang , negara masih berhutang sekitar RM686 bilion sahaja.

Tapi hutang disebut oleh kerajaan Mahathir/Lim Guan Eng sebagai RM1 trillion untuk menyiap kondisi minda rakyat untuk terima jumlah hutang yang Mahathir sendiri akan buat kemudian nya.

Sebut dulu jumlah hutang tinggi “in advance” supaya hutang baru yang akan Mahathir buat sudah berada didalam jumlah yang disebut awal awal , ini tipu daya Mahathir.

Kini semua bohong terlerai.

Pada kerajaan PH 1.0 pimpinan Mahathir banyak aset negara tergadai dan terjual , selain hutang bertambah , aset juga berkurangan.

Dalam berapa hari sahaia sudah berpuluh bilion terghadai

Pada kerajaan PH 2.0 walaupun kedudukan kewangan dikatakan parah , namun belum terlihat aset aset digadai seperti kerajaan Mahathir.

Ini kelebihan kerajaan Anwar berbandin kerajaan Mahathir.

Maka, jika Anwar kata kakitangan awam harus bersabar , ada lah rasional nya , kerana tidak ada kakitangan beribu ribu dipecat atau dibuang seperti kerajaan Mahathir PH1.0 sambil itu belum ada harta berbilion billion digadai seperti kerajaan Mahathir dan Tabung Haji belum diusik lagi seperti harta nya RM19 bilion terseret ke SPV MoF bawah Lim Guan Eng.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker