Kenapa tidak fail saman Goldman Sachs di AS – Johari

Kuala Lumpur: Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mempersoalkan kaedah penyelesaian dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bank Goldman Sachs yang disifatkan tidak adil.

Ahli Parlimen Titiwangsa itu berkata, ia membabitkan penyelesaian berjumlah AS$2.5bil (RM10.7bilion) terhadap AS Goldman Sachs berhubung peranannya dalam skandal 1MDB walaupun bank itu berjaya mengumpul bon AS$6.5 bilion (RM27.6 bilion) pada tahun 2012 dan 2013.

Mengulas lanjut, beliau turut mempersoalkan beberapa pihak pengurusan bank itu yang tidak dikenakan tindakan sebaliknya hanya seorang sahaja individu diheret ke muka pengadilan.

“Kenapa tidak fail saman Goldman Sachs di Amerika Syarikat (AS) kenapa rundingan tanpa fail?.

“Jadi saya nak minta kalau boleh kerajaan melihat bagaimana peranan peguam, yang mewakili 1MDB dan siapa yang terbabit dalam rundingan ini.

“Agak mustahil satu organisasi yang mengeluarkan AS$6.5 bilion, namun hanya seorang sahaja turun naik mahkamah… apa jadi dengan pengurusan kanan yang dapat gaji besar, juta-juta ini.

“Ini yang YB (Yang Berhormat) Tambun kena perhatikan benda ini… sebab saya tak nak pada masa akan datang, apabila ada skandal semua orang yang kerja dalam entiti terbabit menawarkan diri mereka sebagai saksi beramai-ramai.

“Itu salah…kena siasat…saya rasa tidak adil, kalau ada salah ambil tindakan,” katanya ketika membahaskan usul Belanjawan 2023, di Dewan Rakyat, di sini.

Sementara itu, Johari berkata siasatan dalam skandal 1MDB dilihat hanya tertumpu kepada politik, yang sepatutnya membabitkan semua urusan.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker