Bekas Pengarang Berita NST, Muharyani Othman meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Bekas pengarang berita akhbar The New Straits Times (NST), Muharyani Othman meninggal dunia akibat kanser awal pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh adiknya, Norazuwa Othman.

Muharyani, yang sebelum itu pernah berkhidmat di Bernama, meninggal dunia di Institut Kanser Negara di Putrajaya, kira-kira jam 2 pagi ketika mendapatkan rawatan.



Jenazahnya dijangka dibawa ke Masjid Al Mukminun di USJ Subang Jaya untuk solat jenazah.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button