Khai Bahar : Jangan Tanya Pasai Kahwin Lagi

Khai Bahar : Jangan Tanya Pasai Kahwin Lagi

Khai Bahar : Jangan Tanya Pasai Kahwin Lagi
Khai Bahar : Jangan Tanya Pasai Kahwin Lagi

Genap berusia 29 tahun pada Selasa, penyanyi Khai Bahar berkongsi gambar sambutan ulang tahun kelahirannya di laman Instagram miliknya.

Disambut dengan kek bertemakan watak Marvel, Dr Strange, Khai atau nama sebenar, Muhammad Khairul Baharuddin secara berseloroh memohon agar tidak lagi ditanya tentang soal bila mahu mendirikan rumah tangga.

“Sedar-sedar dah masuk 29, huhu.. jangan tanya pasai kahwin lagi nah,” tulis Khai di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruang komen, pengacara Hawa Rizwana yang namanya kini dikaitkan dengan Khai turut mengirimkan ucapan buat teman baiknya itu.

“Happy birthday Khai!” coret Hawa.

Peminat Khai juga tidak ketinggalan mengucapkan selamat ulang tahun buat penyanyi kesayangan mereka itu selain mendoakan agar Khai cepat dipertemukan jodoh.

“Happy birthday Khai! Tak nak tanya pasal kahwin, nak tanya pasal girlfriend je.

“Happy birthday Khai, maintain muda selalu tau.

“Semoga cepat kahwin, tak tanya eh, doakan sahaja.

“Semoga terus maju ke depan. Jangan kahwin lagi nanti rasa bersalah suka dekat laki orang,” komen sebahagian netizen.

Azmin Persoalkan Mengapa Pemimpin BN Tidak Di Dakwa Berkaitan Skandal Jana Wibawa

Khai Bahar : Jangan Tanya Pasai Kahwin Lagi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Azmin Persoalkan Mengapa Pemimpin BN Tidak Di Dakwa Berkaitan Skandal Jana Wibawa

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker