Ambank antara penyedia pembiayaan pilihan tesla di malaysia

 

Ambank antara penyedia pembiayaan pilihan tesla di malaysia
AMBANK berkata, bank itu adalah antara dua penyedia pembiayaan pilihan Tesla di Malaysia.

AMBANK menjalin kerjasama khas dengan Tesla Inc bagi menawarkan pakej kewangan auto menarik untuk rakyat Malaysia membeli kenderaan elektrik (EV) Model Y Tesla yang dilancarkan secara rasmi di negara ini, kelmarin.

Dalam kenyataannya, AmBank berkata, bank itu adalah antara dua penyedia pembiayaan pilihan Tesla di Malaysia.

Pengeluar EV global itu turut menjalin kerjasama dengan AmGeneral Insurance Bhd bagi mengendalikan aspek insurans kenderaan Tesla.

Mengulas usaha itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata, kerjasama dengan Tesla juga bertepatan dengan portfolio pembiayaan auto EV bank berkenaan yang selaras dengan agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) secara meluas.

“Bagi pembelian Model Y Tesla, AmBank menawarkan salah satu pembiayaan kenderaan berkadar faedah paling kompetitif di pasaran yang pastinya sesuai dengan pelan pembayaran semula mereka,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Khairuddin Dedahkan Penipuan Hadi Awang Terhadap PAS

 


Sementara itu, Pengarah Serantau Tesla Isabel Fan berkata, sejajar dengan sebahagian komitmen Tesla di Malaysia, syarikat itu menyediakan pelan pembangunan menyeluruh yang merangkumi pusat pengalaman, servis dan sokongan selain infrastruktur pengecasan bagi kelancaran pengalaman untuk kalangan pemilik kenderaan berkenaan.

“Kami komited dan teruja dalam membantu menangani aspek pelepasan karbon sifar bagi masa depan lebih hijau untuk Malaysia,” katanya. – Bernama

Ambank antara penyedia pembiayaan pilihan tesla di malaysia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hancur ranap imej PAS kerana banyak kes rasuah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker