Skrol purba, Book of the Dead didedahkan

Skrol purba, Book of the Dead didedahkan

Skrol purba, Book of the Dead didedahkan
KANDUNGAN skrol The Book of the Dead kini dipamerkan di Muzium Mesir di Kaherah. – AGENSI

KAHERAH: Beberapa gambar menampilkan sebuah skrol purba Mesir dikenali sebagai Book of the Dead yang ditemukan pada Mac tahun lalu, kini didedahkan buat pertama kali kepada umum.

Lapor Daily Mail, skrol sepanjang 15.84 meter itu mengandungi jampi, ilustrasi dan kehidupan di alam lain selepas kematian.

Skrol purba yang dipercayai berusia lebih 2,000 tahun itu, ditemukan dalam sebuah kubur berhampiran Piramid Djoser yang terkenal di Saqqara.

Ahli arkeologi pada mulanya menyangka skrol yang digelar sebagai `Papirus Waziri’ itu, berukuran 8.83 meter panjang.

“Namun, sebaik sahaja pakar arkeologi membuka skrol itu, ia terbentang luas lebih dua kali ganda berbanding anggaran saiz asalnya,” jelas laporan itu.

Menurut laporan, skrol purba itu adalah yang pertama ditemukan oleh seorang warga Mesir.

Skrol itu ditemukan dalam keadaan bergulung di dalam sebuah keranda purba milik Ahmose, yang mana nama individu berkenaan disebut sebanyak 260 kali dalam gulungan kertas tersebut.

“Tidak banyak diketahui mengenai Ahmose, tetapi ahli arkeologi percaya dia merupakan seorang individu kaya dan berkuasa sehingga mampu menghasilkan Book of the Dead yang begitu rumit,” jelas laporan itu.

Dilaporkan, Book of the Dead merupakan koleksi teks terdiri daripada jampi untuk membantu si mati berpindah ke alam lain.

Sementara itu, pegawai tertinggi Majlis Antikuiti Mesir, Mostafa Waziri berkata, pihaknya menemukan papirus tersebut dalam satu daripada 250 keranda yang ditemukan di tapak perkuburan itu.

“The Book of the Dead sudah dibuka dan diterjemahkan ke bahasa Arab.

“Kandungan papirus itu kini dipamerkan di Muzium Mesir di Kaherah,” katanya.

Graduan Unisel ‘Bersilat’ Ambil Skrol Atas Pentas

Skrol purba, Book of the Dead didedahkan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Makam purba ditemukan di Sungai Nil

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker