Adakah PAS Parti Peminta Sedekah?

Adakah PAS Parti Peminta Sedekah

Adakah PAS Parti Peminta Sedekah?

Bekas AJK Dewan Ulama PAS, Ahmad Dusuki yang meminta derma di media sosial telah mengundang kecaman ramai.

Penceramah bebas berkenaan tergamak meminta sumbangan daripada orang ramai hanya untuk menanggung kos pembaikan kereta milik syarikatnya sendiri.

Alasan diberikan adalah pihaknya tidak dapat membuat tuntutan dari pihak insurans disebabkan masalah teknikal.

Rayuan derma daripada orang ramai tersebut dikongsikan menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

“Pencarian 1000 orang penyumbang yang bermurah hati ingin menyumbang RM5 bagi kos pembaikian kereta media Ustaz Ahmad Dusuki”.

“Kemalangan yang melibatkan kereta ini pada akhir September lepas agak parah”.

“Kini kami menggunakan kenderaan pihak lain yang juga perlu dibayar kos sewanya”.

“Kami dimaklumkan oleh pihak bengkel bahawa kos yang diperlukan sekitar RM3,000-RM5,000 untuk membaiki seluruh kerosakan”.

“Kami tidak dapat menuntut daripada pihak insurans disebabkan beberapa masalah teknikal”.

“Sudilah kiranya ada insan yang bermurah hati menyumbang untuk pembaikian pengangkutan media UAD ini,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Seorang pengguna Facebook mempersoalkan apakah masalah teknikal yang dialami hingga Ahmad Dusuki tidak dapat menuntut insurans.

“Apalah masalah teknikal sampai tidak boleh menuntut insurans itu,” soal pengguna Facebook yang menggunakan akaun Ana Tahu.

Rata-rata pengguna media sosial tidak bersetuju dengan tindakan Ahmad Dusuki meminta derma orang ramai hanya untuk kepentingannya sendiri.

Mereka menganggap, perbuatan pendakwah meminta derma bagi menganggung kos membaiki kereta milik syarikatnya itu seolah sengaja mempergunakan pengikut yang kasihan kepadanya.

“Betul-betul memanfaatkan mereka yang miskin minda agar terpancing emosi seraya menyumbang kepadanya”.

“Memang dia pergunakan sungguh pengikut atau sesiapa yang bersimpati,” kata seorang pengguna.

“Senang betul hidup deme ini”.

“Semua benda tak tahu nak usaha sendiri”.

“Mengharap dengan tin Milo sahaja,” kongsi pengguna lain yang tidak senang atas sikap meminta-minta itu.

Kepada Ahmad Dasuki dan pemimpin PAS yang lain, bukankah tangan di atas lebih mulia dari tangan di bawah.

Adakah PAS Parti Peminta Sedekah?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker