Ubah wajah jadi lelaki Korea elak ditangkap

Ubah wajah jadi lelaki Korea elak ditangkap

Ubah wajah jadi lelaki Korea elak ditangkap
SAHARAT Sawangjaeng melakukan pembedahan plastik beberapa kali dan menukar namanya untuk elak ditangkap. – AGENSI

BANGKOK: Seorang pengedar dadah di Thailand sanggup menjalani beberapa pembedahan plastik di muka untuk kelihatan seperti `lelaki Korea yang kacak’ bagi mengelak dirinya daripada ditahan polis atau didakwa.

Lapor BBC, pihak berkuasa berkata, suspek dikenali sebagai `Seong Jimin’ atau nama sebenarnya Saharat Sawangjaeng ditahan di sebuah kondominium di Bangkok pada minggu lalu.

Polis memburu lelaki berusia 25 tahun itu sejak Disember tahun lalu.



Menurut polis, pihaknya terkejut apabila menangkap Saharat kerana rupa paras lelaki itu tidak seperti wajah asalnya.

Bagaimanapun, kata polis, pihaknya berjaya menjejaki Saharat dengan mengesan pengedaran dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) atau ekstasi kepada penjual dan pembeli lain di Bangkok.

nggambarkan Saharat sebagai `lelaki Korea yang kacak’ kepada polis.

Malah, lelaki itu didapati menukar namanya kepada Seong Jimin ketika cuba mengelak daripada dikesan polis.



Dalam satu video penangkapan yang dimuat naik oleh polis, Saharat menyatakan mahu berpindah ke Korea Selatan untuk memulakan kehidupan baharu kerana berasa bosan di Thailand.

Saharat didakwa atas kesalahan mengimport narkotik secara haram.

Lelaki itu mengaku membeli MDMA dengan menggunakan mata wang kripto di dark web dan kemudian menjualnya kepada pelanggan di sekitar Bangkok.

Saharat pernah ditangkap sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ini.



Sementara itu, Ketua Polis Thailand, Mejar Jeneral Thammasutee menggelar Saharat sebagai antara punca utama menyebabkan ‘wabak’ MDMA di Bangkok.

“Dia adalah raja dadah yang mengimport MDMA dari Eropah pada usia 25 tahun.

“Kami percaya lebih ramai suspek berada di negara asing. Kami akan meneruskan siasatan ini,” katanya.

‘Perasa vape’ rupanya dadah



Ubah wajah jadi lelaki Korea elak ditangkap

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Azmin Persoalkan Mengapa Pemimpin BN Tidak Di Dakwa Berkaitan Skandal Jana Wibawa



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button