Tangisan pilu waris mangsa tanah runtuh

Sungai Buloh: Suasana pilu menyelubungi perkarangan Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh, di sini, hari ini.

Ia berikutan keluarga dan waris mangsa yang meninggal dunia akibat runtuhan tanah di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, Hulu Selangor tiba bagi proses pengecaman identiti.

Mereka diletakkan di kawasan khas untuk menunggu bagi proses pengecaman ini dan ada dikalangan mereka kelihatan menangis malah ada yang meraung.

Difahamkan pasukan forensik sudah selesai menjalankan bedah siasat ke atas 21 mangsa yang korban akibat insiden itu.



Sementara itu, 50 sukarelawan dari Yayasan Buddhist Tzu Chi di tempatkan di sini bagi memberi sokongan moral kepada keluarga mangsa.

Sukarelawan Tan Chee Wei, 50, berkata, mereka dikerahkan ke hospital selepas mendapat berita mengenai kejadian itu.

“Kami pergi ke Balai Polis Hulu Yam Bharu, Hospital Kuala Kubu Bharu, Hospital Selayang, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur, apabila menerima maklumat mengenai kejadian ini.

“Kami menyediakan makanan, sokongan moral dan emosi kepada mangsa terselamat dan keluarga mangsa. Kebanyakan mereka masih bersedih dan dalam masa sama tetap berharap (selamat) walaupun ada antara mereka sudah memberikan data asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenalpasti mangsa.



“Kami mempunyai kira-kira 50 sukarelawan yang bekerja mengikut syif sepanjang masa untuk menyediakan bantuan yang mereka perlukan,” katanya.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker