100 pelajar perempuan dikejar ke hospital kerana terhidu gas

100 pelajar perempuan dikejar ke hospital kerana terhidu gas

100 pelajar perempuan dikejar ke hospital kerana terhidu gas
ANTARA pelajar yang dimasukkan ke hospital kerana terhidu gas toksik. -AGENSI

TEHRAN: Lebih 100 pelajar dimasukkan ke hospital di Iran selepas insiden serangan gas toksik yang disyaki dilakukan pihak tidak bertanggungjawab ke atas sekolah-sekolah perempuan.

Lapor AFP, setakat ini, beratus-ratus kes gangguan pernafasan dilaporkan dalam tempoh tiga bulan lalu dalam kalangan pelajar perempuan di seluruh negara berkenaan.

Pegawai kerajaan menyifatkan kejadian itu dengan percubaan untuk memaksa penutupan sekolah perempuan.

Sekurang-kurangnya 10 sekolah perempuan menjadi sasaran dalam serangan terbaharu yang disyaki berlaku hari ini, tujuh daripadanya di bandar Ardabil di barat laut dan tiga lagi di ibu negara Tehran.

Insiden di Ardabil memaksa 108 pelajar dimasukkan ke hospital yang kesemuanya berada dalam keadaan stabil, kata agensi berita Tasnim, yang turut melaporkan keracunan berlaku di tiga sekolah di Tehran.

Memetik kenyataan ibu bapa, agensi berita Fars berkata, para pelajar di sebuah sekolah menengah di kejiranan barat ibu kota Tehransar terdedah kepada semburan toksik.

Bagaimanapun, mereka tidak menjelaskan secara terperinci.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Fars berkata, pasukan keselamatan bertindak menahan tiga orang dalam tangkapan pertama berhubung kejadian berkenaan.

Jurucakap jawatan kuasa kesihatan Parlimen Iran, Zahra Sheikhi berkata, sejak tercetusnya keracunan misteri pada November tahun lalu, hampir 1,200 pelajar dikejarkan ke hospital kerana mengalami kesukaran bernafas.

Katanya, mereka termasuk hampir 800 orang di Qom, selatan Tehran dan 400 di bandar barat Borujerd.

Ujian kementerian kesihatan terhadap bahan yang ditemukan di sekolah di Qom mengesan kesan nitrogen yang digunakan terutamanya dalam baja, menurut laman web Parlimen itu.

Kejadian keracunan itu mencetuskan gelombang kemarahan di negara itu, di mana pengkritik mengecam sikap berdiam diri pihak berkuasa dalam menghadapi peningkatan bilangan sekolah yang terjejas.

Najib akan dapat perbicaraan semula?

100 pelajar perempuan dikejar ke hospital kerana terhidu gas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Najib akan dapat perbicaraan semula?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker