Bendahari Agung BERSATU ditahan SPRM

Apa sudah berlaku dalam BERSATU?

 

Oleh – Editor


Menurut laporan, pihak SPRM mengesahkan telah menahan Bendahari Agung BERSATU bagi membantu siasatan.

Mohamed Salleh Bajuri dikatakan ditahan selama 2 hari oleh SPRM selepas mendapat perintah dari Mahkamah.

Sebelum ini, Ketua Penerangan BERSATU, Wan Saiful Wan Jan telah diheret ke Mahkamah oleh SPRM.

Kontroversi yang melanda BERSATU dikaitkan dengan ketirisan wang rakyat semasa Perikatan Nasional memerintah.

Malah, Presiden BERSATU, Muhyiddin Yassin turut dipanggil bagi memberi keterangan kepada SPRM dipercayai berkaitan laporan kewangan parti itu.

Bendahari Agung Bersatu Mohamed Salleh Bajuri kini berada dalam tahanan SPRM selepas pihak berkuasa terbabit mendapat kebenaran daripada mahkamah untuk meremannya selama dua hari.

“Ya, memang betul dia (Bajuri) ditahan,” – Laporan Sumber 2/3/2023

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker