Hancur ranap imej PAS kerana banyak kes rasuah


Sambil Parti  PAS cuba pamirkan diri sebagai Parti Suci berteras Islam , tiba tiba muncul banyak kes rasuah membabitkan PAS secara tidak langsung dan individu PAS secara langsung.

Satu persatu kes rasuah PAS muncul.

Ada kes rasuah yang sudah diputuskan dan ada yang sedang didakwa dan disiasat.

Di Terengganu , dua kes rasuah babit Parti PAS sudah berlangsung.

Satu dari nya sudah pun dijatuh kan hukuman.

Kes menyogok pengundi di Kuala Terengganu sudah pun dipuruskan dan kes sogok pengundi di Marang sudah dibawa ke mahkamah.

Ini belum diambil kira kes membabitkan Menteri Besar PAS Terengganu dimana beberapa kes penjualan tanah kerajaan dan penyelewengan tanah kerajaan sedang disiasat.

Di Kedah lain cerita pula.

Orang orang berkaitan Pejabat Menteri Besar Incorporation dimana Menteri Besar Sanusi Md Nor sebagai kepala nya telah ditahan dan didakwa oleh SPRM berkenaan kes rasuah.

Selain itu, SPRM juga sedang memanggil Menteri Besar sendiri untuk memberi keterangan berkaitan rasuah kaitan Nadir Bumi.

Isu curian nadir bumi dan penyelewengan fakta berkenaan konon nya hanya membabitkan kajian dan selidik kaji rupa nya sudah melebihi dari itu dengan berguni guni nadir bumi diseludup keluar dari bumi Kedah.

Ini semua menjejaskan nama baik PAS sebagai Parti Suci perjuang Islam.

Hal hal rasuah dan seleweng ini semua yang membabitkan PAS belum dikira lagi dengan siasatan berkaitan projek tebatan banjir dimana dipercayai ada penyelewengan.

Dipercayai ada projek dianugerahkan setelah Menteri PAS Tuan Ibrahim Tuan Man melukuskan setelah jawatan nya bertaraf Menteri caretaker sahaja.

Selain itu siasatan juga berkaitan kepada siapa projek diserahkan.

Begitu banyak sekali kes kes yang membabitkan PAS muncul satu persatu.

Harus di ingat , seluruh Ahli Parlimen PAS dan BERSATU telah lari meninggalkan dewan Parlimen sebaik sahaja isu Laporan Audit tentang perbelanjaan ketika waktu darurat .

Ini mengambarkan ada sesuatu yang tidak kena kepada perbelanjaan berbillion wang rakyat ketika rakyat mengibarkan bendera putih mohon bantuan.

PAS sepatut nya bertanggungjawap untuk berhujah dan berbahas berkenaan wang rakyat tetapi sebalik nya bersepakat lari keluar dewan bersama ahli Parlimen Bersatu semata mata untuk menghalang perbelanjaan wang rakyat dibicarakan.

Maka, kian hari terserlah kebobrokan PAS dan tergelumang nya Parti Islam semakin tercemar dan kotor.

Kini, PRN semakin hampir, sambil itu imej kotor PAS pula semakin menonjol dan tercemar teruk.

Apakah PAS akan menjaja isu moral dan agama pada PRN ini?

Jika ia, masih ada kah yang memebeli nya dengan imej tercemar PAS?

 

 

 

Lri dari parlimen

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker