Isteri Hafidz Roshdi cedera kena pukul?

KUALA LUMPUR: Isteri pelakon Hafidz Roshdi, 29, iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik hantaran dipercayai berkaitan kecederaan dialaminya ketika ini.

Menerusi tiga hantaran dimuat naik dalam Instagram (IG) Story, Nurul Shuhada memaklumkan, dia kini sedang menerima rawatan di hospital.

Bagaimanapun, gambar dimuat naik menunjukkan ibu kepada dua cahaya mata itu mengalami kecederaan pada wajah kiri yang didapati berbalut.



Menerusi satu hantaran lain yang memuat naik gambar tangan menggenggam penumbuk dan berdarah, Nurul Shuhada menulis, “Semoga Allah ampunkan kau berdua.”

Dalam hantaran lain, Nurul Shuhada meluahkan perasaan marah terhadap wanita yang dipercayai menjalinkan hubungan sulit dengan bekas suaminya, Hafidz iaitu Athira Yuhada.

“Dengar sini, semua. Yeappp, penyondol sentiasa penyondol. Maaf dekat Humairah dan Umar?

“Tidak, penyondol akan sentiasa jadi penyondol. Kali ini, saya sendiri akan cakap, bukan dari orang lain memandangkan saya sudah bercerai.



“Mari kita lihat kehidupan penyondol selepas ini,” tulisnya.

Berikutan itu, Nurul Shuhada momohon maaf tidak boleh menjawab sebarang panggilan telefon, buat masa ini.

“Kepada rakan media, pelanggan dan sahabat yang sedang menghubungi Shu.

“Shu minta maaf sangat sebab tak dapat beri kerjasama dan tanggungjawab, buat masa ini. Sebab Shu sedang terima rawatan di hospital,” tulisnya.



Bagaimanapun, Nurul Shuhada tidak memaklumkan lebih lanjut mengenai kecederaan dialami.

“Shu akan beri kerjasama selepas selesai semua rawatan. Doakan Shu kuat,” tulisnya lagi.

Terdahulu, BH Online melaporkan adik Nurul Shuhada yang hanya mahu dikenali sebagai Sofia mendedahkan Hafidz melafazkan cerai menerusi panggilan telefon terhadap kakaknya pada 22 Februari lalu.

Sebelum itu, kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan apabila Nurul Shuhada mendedahkan suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan Athira.



Athira mendedahkan pernah berhubung dengan Hafidz, namun berjanji tidak meneruskan hubungan selain memohon maaf kepada Nurul Shuhada dan anak-anaknya.

Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6 dan Umar, 2.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button