Jakim Sah Filem Mentega Terbang Bertentangan Akidah

Firdaus Karim Serah Kepada Pengarah & Penerbit Untuk Beri Komen

Penyanyi rap, Caprice meluahkan rasa tidak puas hati dengan sebuah filem yang didakwa mengandungi unsur-unsur yang memainkan sentimen agama.

Ambil tindakan

Di Instagram, Caprice mempersoalkan bagaimana filem tersebut boleh ditayangkan di sebuah platform penstriman.

Kita hanya nak tahu bagaimana filem ini boleh diwar-warkan dan promosi dalam platform penstriman di Malaysia. Sebab filem ini ada satu babak di mana seorang ayah beritahu anaknya yang anaknya boleh pilih agama. Ini bukanlah kreativiti, keterbukaan atau liberalisme, ini namanya kufur.

Lebih panas, Caprice turut meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap filem terbabit kerana terdapat unsur-unsur bertentangan dengan agama.

Saya berharap pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Kementerian Komunikasi ambil tindakan keras kepada mereka semua ini sebab terang-terang mainkan isu agama.

Bertentangan akidah

Terbaru, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diarahkan bertindak segera dengan meneliti keseluruhan kandungan filem Mentega Terbang yang sedang hangat diperkatakan umat Islam.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar, hasil penelitian Jakim mendapati bahawa filem ini terdapat pertentangan yang jelas dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie.

Saya menerima pelbagai pandangan dan reaksi daripada masyarakat awam yang menyatakan kegusaran berhubung penayangan filem ini. Saya amat memahami akan sensitiviti masyarakat Malaysia khususnya yang beragama Islam berhubung isu filem tersebut.

Tambah Naim, Jakim turut diarah mengemukakan ulasan terperinci kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) agar tindakan boleh dikenakan.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) juga diminta untuk memanggil pihak yang terbabit dalam isu penerbitan filem itu untuk pengurusan selanjutnya.

Menerusi temu bual OhBulan! bersama Firdaus Karim, pelakon filem ini berkata dia tidak mahu memberikan komen yang lanjut berhubung isu yang tengah berlaku sekarang. Tambah Firdaus, orang yang layak untuk bercakap perkara ini ialah pengarah dan penerbit.

Firdaus ditemui ketika sidang media pelancaran filem Anwar: The Untold Story, semalam di W Hotel, Kuala Lumpur.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker