Lelaki simpan mumia purba dalam beg

Lelaki simpan mumia purba dalam beg

Lelaki simpan mumia purba dalam beg
MUMIA purba yang ditemukan dalam beg di tapak arkeologi Puno, Peru. -AGENSI

PUNO: Polis di Peru dikejutkan dengan penemuan mumia purba di dalam sebuah beg penghantar makanan di tapak arkeologi di Puno.

Lapor BBC, penemuan itu bermula apabila polis menggeledah beg milik lelaki berkenaan yang terbaring akibat mabuk di tapak arkeologi tersebut.

Polis bagaimanapun bertindak merampas mumia berkenaan dan menyerahkannya kepada kementerian kebudayaan Peru bagi menjaga warisan negara itu.



Lelaki terlibat serta dua rakannya yang berumur antara 23 dan 26 tahun ditahan dan sedang disiasat atas kemungkinan melakukan jenayah terhadap warisan budaya Peru.

Sementara itu, lelaki itu berkata, dia berkongsi bilik de­ngan mumia berbalut ber­kenaan dan menganggapnya sebagai teman wanita rohani.

Dia dikatakan memasukkan mayat itu ke dalam beg untuk dipamerkan kepada rakan-rakannya.

Dia menjelaskan, mumia itu dipanggil ‘Juanita’ di dalam sebuah kotak di dalam biliknya.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


Tambahnya, mumia itu me­rupakan milik bapanya, tanpa menyatakan bagaimana ba­panya memperoleh mumia itu.

Pakar pula berkata, mayat itu berusia antara 600 dan 800 tahun dan merupakan mayat lelaki dewasa dan bukannya wanita seperti mana yang diandaikan oleh lelaki berkenaan.

Lelaki mumia itu dianggarkan berusia lebih daripada 45 tahun pada waktu kematiannya dengan ketinggian 1.51 meter.

Mumia itu dibalut dengan pembalut dalam kedudukan janin yang merupakan tipikal bagi kebanyakan pengebumian pra-Hispanik di kawasan sekitar.



Mumia diamalkan oleh pelbagai budaya di kawasan yang dikenali sebagai Peru sebelum kedatangan penakluk Sepanyol.

Beberapa mumia dikebumikan manakala yang lain dibawa keluar dan diarak semasa pe­rayaan utama.

AS pulang semula keranda purba curi milik Mesir



Lelaki simpan mumia purba dalam beg


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Najib akan dapat perbicaraan semula?

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button