Liverpool jinakkan Wolves

LIVERPOOL: Liverpool mara ke kedudukan keenam Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika gol Virgil van Dijk dan Mohamed Salah terus menenggelamkan Wolves menghampiri zon penyingkiran menerusi kemenangan 2-0 di Anfield.

Skuad kendalian Jurgen Klopp sekali lagi jauh daripada prestasi terbaik mereka, namun kini mengumpul 10 mata daripada 12 keseluruhan dalam empat aksi liga terakhir seterusnya kekal memburu kedudukan empat teratas.

Skuad Reds kini enam mata di belakang pasukan tangga keempat, Tottenham berbaki satu aksi dalam tangan menentang Spurs selepas ini.

Wolves kekal tiga mata di atas zon penyingkiran di tangga ke-15 apabila pelawat sekali lagi dihukum kerana kurang penyudah berkesan.

Pertembungan keempat antara ledua-dua pasukan dalam tempoh kurang dua bulan tampak bosan pada 45 minit pertama.

Tandukan Harvey Elliott tersasar ketika memperoleh peluang terbaik pada babak pertama dan kemudian menguji Jose Sa menerusi cubaan dari luar kotak penalti.

Seminggu selepas LIverpool menyamai rekod kekalahan terbesar di laman sendiri dalam aksi Eropah ketika dibelasah 5-2 oleh Real Madrid, tidak banyak ditunjukkan bagi menceriakan penyokong di Anfield.

Namun Klopp melihat tanda peningkatan dalam aksi keempat berturut-turut mereka tidak melepaskan gol dalam EPL.

“Kami teruk dibelasah menentang Real Madrid,” kata pengendali dari Jerman itu. “Kami bermain babak pertama yang sangat bagus tetapi kemudian bermain sangat buruk pada babak kedua. Kami tampak lebih stabil hari ini, kami perlu meneruskannya.”

Klopp sepatutnya ada lebih pilihan dalam kalangan penyerangnya selepas Diogo Jota sudah kembali manakala Luis Diaz juga semakin pulih.

Kekasaran Jota terhadap Max Kilman menafikan gol pembukaan Darwin Nunez pada pertengahan babak kedua.

Namun Jota membantu memecahkan kebuntuan ketika dia mengumpan buat Van Dijk yang menanduk masuk ke gawang selepas Sa menepis cubaan pertama pemain Belanda itu.

Gol kedua tuan rumah tampak lebih kepada Liverpool yang lama apabila Wolves tidak berdaya menahan asakan berterusan menerusi serangan balas pantas.

Manchester United akan memberikan ujian lebih mencabar terhadap usaha pemulihan Liverpool apabila skuad Red Devils berkunjung ke Anfield Ahad ini.

“Ia adalah perlawanan yang besar, berdepan pasukan dalam prestasi terbaik,” tambah Klopp. “Kami perlu bersedia, dan kami akan memberikan mereka pertarungan yang yang besar.”

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker