Mengaku curi dua seluar dalam wanita, buruh didenda RM2,400

PETALING JAYA: Seorang buruh binaan didenda RM2,400 di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas kesalahan mencuri dua seluar dalam wanita di sebuah rumah, di sini, minggu lalu.

Keputusan dibuat Majistret Zhafran Rahim Hamzah selepas Liew Chee Hoong, 45, mengaku salah atas pertuduhan itu dan sekiranya gagal membayar denda boleh dipenjara tiga bulan.

Mengikut pertuduhan, Chee Hoong didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Bandar Sri Damansara, di sini, pada jam 6 petang23 Februari lalu, mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Oleh demikian tertuduh boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon denda minimum atas faktor gaji tidak menentu.

“Ada hari kerja, ada hari tiada wang kerana tidak kerja. Gaji lebih RM1,000 sebulan dan saya perlu jaga datuk di kampung,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Siti Maryam Jamilah Md Kamal, memohon hukuman setimpal bagi memastikan tertuduh tidak mengulangi perbuatan itu.

“Saya mohon mahkamah juga mengambil kira fakta kes yang menunjukkan tertuduh cium seluar dalam yang mungkin menjuruskan kesalahan seksual pada masa hadapan,” katanya.

Polis dilaporkan menahan lelaki berkenaan di sebuah taman perumahan di sini, jam 8.27 malam pada hari kejadian selepas menerima laporan.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker