Messi hadiah rakan sepasukan 35 iPhone emas

Paris: Lionel Messi membeli 35 iPhone emas dengan jumlah keseluruhan £175,000 (RM941,000) untuk dijadikan hadiah buat rakan sepasukan dan staf yang menjuarai Piala Dunia tahun lalu.

Bintang Argentina itu menghadiahkan telefon bimbit istimewa terbabit kepada setiap pemain dan dihantar ke apartmennya di Paris pada Sabtu lalu.

Setiap telefon tertera nama pemain, nombor dan logo Argentina diukir di atasnya.

Menurut sumber semalam: “Lionel mahu melakukan sesuatu yang istimewa dan amat bermakna bagi meraikan detik bersejarah dalam hidupnya.



“Dia menghubungi syarikat Ben Lyons dan mereka membuat keputusan bersama dalam pemilihan reka bentuk dan corak.”.

Ben, CEO iDesign Gold berkata: “Lionel bukan sahaja menjadi pujaan peminat seluruh dunia tetapi dia antara pelanggan paling setia IDesign Gold dan kerap berhubung dengan kami beberapa bulan selepas final Piala Dunia.”

“Dia mahukan hadiah istimewa untuk semua pemain dan staf bagi meraikan detik bersejarah tetapi tidak mahu sesuatu yang biasa seperti jam.

“Jadi, saya cadangkan iPhones emas 24 karat yang terukir nama pemain dan dia tertarik dengan idea itu.”



Argentina menjuarai Piala Dunia di Qatar tahun lalu dan Messi, 35, dinobatkan Pemain Terbaik Kejohanan.

Agensi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker