Sandiwara Mahathir anak beranak tiada siapa pun mahu ambil tahu.

Oleh Adam Malik

Bila Mahathir anak beranak kaya , rakyat bukan dapat apa apa faedah pun.

Malah , rakyat ditegur jangan irihati dengan orang kaya.

Selain jangan iri hati dengan orang kaya, rakyat juga jangan asik meminta minta dari kerajaan.



Itu kenyataan Mahathir kepada rakyat dan orang Melayu.

Jika rakyat mendapat sesuatu dari kerajaan maka, ia digelar rasuah dari kerajaan.

Semenjak rakyat era Medsos mengenali Mahathir, maka Mahathir mendapat telur ayam disemua peringkat pertandingan sama ada piihanraya negeri atau pun PRU.

Parti Mahathir sahaja dalam dunia yang kalah 100% dan  hilang deposit 100%.



Parti UMNO yang Mahathir hina perompak pencuri pun dipilih rakyat berbanding parti ada jenama Mahathir.

Kini , seperti orang ketagih perhatian dan cuba elak rakyat berbual berkenaan korupsi bekas Gabenor lantikan Mahathir dan isu Ketua Hakim lantikan Mahathir melindung hakim perasuah , maka Mahathir cuba buat sandiwara baru.

Konon bergaduh dengan anak nya Mukhriz supaya pihak lain yakin mereka sedang bertelagah.

Sandiwara yang Mahathir cipta sama denga  ciptaan sandiwara 1MDB dengan set-set hakim pilihan , peguamdakwa pilihan.

Sambil itu Hakim lantikan kerajaan Mahathir Mohd Nazlan Ghazali juga sedang  berhadapan kes menerima rasuah.

Nampak gaya , ada sentuhan Mahathir sahaja pasti ada kes rasuah.

Atau,individu yang ada kes rasuah yang Mahathir ketahui mudah di remote?

Mahathir sebenar nya sedang posisikan kedudukan nya untuk menyiapkan diri menerima exodus ahli UMNO yang tewas pada pemilihan parti akan datang.

Mereka mereka yang pura pura bergaduh dan menuduh nuduh akan membuat alasan untuk masuk ke parti lain seperti PUTRA atau BERSATU.

Pada kenyataan terkini Mahathir berkata penyertaan nya ke parti Putra untuk agenda Melayu.

Sepanjang dua puluh dua bulan menjadi Perdana Menteri Mahathir tiada pun agenda Melayu.

Yang Mahathir sempat hanya menjual aset negara , menambah hutang baru negara dan memecat hampir 16,000 kakitangan awam terdiri dari orang Melayu.

Selain itu Mahathir seat cipta berpuluh kes untuk Presiden UMNO yang engkar arahan nya.

Jika Mahathir kata ada agenda Melayu, orang Melayu perlu desak Mahathir menulis nya satu persatu apa dia agenda nya.

Jika tidak mereka akan di tipu lagi.

Teori atau retorik seperti sebutan  mahu “Martabatkan” Melayu itu semua hanya slogan kosong sahaja.

Jika Najib Razak memberi bantuan seperti BRIM kepada rakyat pun Mahathir kata rasuah, apa harapan Mahajir akan beri apa apa kepada orang Melayu?

Jika menghantar orang Melayu pergi mengerjakan haji pun Mahathir tidak suka, maka apa yang Mahathir boleh beri kepada melayu?

Jika setakat teguran , kenyataan dan nasihat tidak perlu tunggu melayu semua masuk ke GTA atau Muafakat Nasional, sekarang pun boleh beri nasihat.

Seperti kata Dr Puad Zarkashi , Mahathir alami “trust deficit”.

Tiada siapa percaya dengan Mahathir.

Jika bergabung pun dia sahaja hendak jadi ketua.

Tiada parti besar dan parti sebenar mahu gabung dengan Mahathir melainkan PUTRA kerana ia bukan parti dalam ertikata sebenar.

Rakyat sudah anggap Mahathir tidak ‘releven’ dan bukan lagi faktor , dan mereka tidak memerlukan nya kerana mengetahui hati Mahathir condong ke perniagaan besar kroni, projek projek mega dan sewaktu dengan nya.

“Rakyat” sekadar alat sahaja bila Mahathir memerlukan mereka.

Kini, Mahathir boleh lompat ke PUTRA dan Mukhriz boleh bawa masuk PEJUANG ke PUTRA atau GTA , atau Mahathir boleh bergaduh dengan Mukhriz.

Semua ini sinetron Mahathir dan sekadar sandiwara untuk elak rakyat berbual berkenaan hakim lindung perasuah dari menjadi bualan dan Bekas Gabenor yang belum didakwa dakwa lagi.

Diversion.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker