Zulin Aziz Kongsi Perkembangan Terkini Selepas Pembedahan Batu Hempedu & Apendiks

Hempedu Dah Takde ...

Zulin Aziz Kongsi Perkembangan Terkini Selepas Pembedahan Batu Hempedu & Apendiks

Zulin Aziz Kongsi Perkembangan Terkini Selepas Pembedahan Batu Hempedu & Apendiks

Pelakon, Zulin Aziz telah pun selamat menjalani pembedahan disebabkan penyakit apendiks dan batu hempedu yang dihidapi, baru-baru ini.

Kongsi Perkembangan Terkini

Memasuki hari kedua dirawat di pusat perubatan. Zulin Aziz menerusi hantaran di Instagram, berkongsi keadaan tubuh badannya yang masih rasa pedih dan terpaksa makan makanan yang lembut.

“Dah 2. Esok baru boleh balik. Badan masih rasa pedih-pedih. Makan kena yang lembut-lembut. Haa nak diet sangat kan Zulin..

Haritu buat pengumuman kitchen closed ya. Hamek kau..betul-betul kasi cuti.”-Kongsi Zulin

 Titip Rasa Syukur Tergerak Hati Lakukan Pemeriksaan

Dimaklumkan oleh pihak doktor bahawa appendix nya telah pecah, Zulin menitipkan rasa syukur kerana tergerak hati untuk melakukan pemeriksaan setelah mengalami rasa sakit pada perutnya.

“Doktor kata semalam, appendix Zulin dah pecah. Syukur Alhamdulillah Allah gerakkan hati check. Patutlah sakit lain macam perut time tu.-tulis Zulin

Zulin Aziz Kongsi Perkembangan Terkini Selepas Pembedahan Batu Hempedu & Apendiks

“Hempedu Dah Takde Dah..”

Tambahnya lagi, pelakon drama Penjara Janji ini turut mengakui mengenai pentingnya menjaga pemakanan, malah rasa insaf setelah tiada lagi hempedu pada tubuh badannya itu.

“Pentingnya jaga pemakanan. Lepasni takbolehla nak makan pedas sangat. Macam-macam lagi kena jaga tu.

Hempedu dah takde dah Zulin..Insaf insaf.”-tulisnya lagi

Kami di Murai My menitipkan doa agar Zulin Aziz diberikan kekuatan dan kesembuhan dengan cepat. Jaga kesihatan dan pemakanan ya semua orang..

Zulin Aziz Kongsi Perkembangan Terkini Selepas Pembedahan Batu Hempedu & Apendiks

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Najib akan dapat perbicaraan semula?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker