Guardiola berang kenyataan Presiden UEFA

Oleh – Syeikh Baran


Guardiola berang kenyataan Presiden UEFA
Pengendali Manchester City, Pep Guardiola membidas kenyataan presiden Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA), Aleksander Ceferin berkenaan hukuman ke atas kelab itu. – Foto AGENSI

Pengendali Manchester City, Pep Guardiola membidas Aleksander Ceferin selepas presiden Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) itu mendakwa tindakan mereka menghukum juara Liga Perdana Inggeris berkenaan adalah tepat.

UEFA melarang City daripada menyertai kejohanan Eropah untuk dua tahun pada Februari 202 kerana melanggar peraturan Fair Play Kewangan, tetapi hukuman berkenaan dibatalkan oleh Mahkama Timbang Tara Sukan (CAS).

Ceferin bagaimanapun yakin organisasi diterajuinya itu membuat keputusan tepat.



“Kami tahu kami betul. Kami tidak akan membuat keputusan jika kami rasa ia tidak tepat,” kata Ceferin.

City kini sedang menanti pendengaran oleh Liga Perdana Inggeris terhadap 115 kesalahan melanggar peraturan kelestarian dan keuntungan kejohanan domestik itu.

 

“Sebagai seorang peguam, presiden UEFA, dia sepatutnya tunggu – dan selepas itu barulah buat apa yang dia mahu.

“Dia perlu menghormatinya dan menunggu. Banyak kerja yang boleh dilakukan di UEFA. Seorang peguam sepatutnya menghormati prosedur. Dia tahu kami berhak mempertahankan diri,” kata Guardiola. – AFP

Sumber – BERITA HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker