21 pesawat China ceroboh ruang udara Taiwan
21 pesawat China ceroboh ruang udara Taiwan

TAIPEI: Taiwan mendakwa sebanyak 21 pesawat tentera udara China menceroboh ruang udara negara itu dalam tempoh 24 jam.
Kementerian Pertahanan Taiwan dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Beijing berkenaan terbang di kawasan pertahanan udaranya buat kali kedua.
Jelas kementerian, sebanyak 17 jet pejuang J-10 dan empat pejuang J-16 terbang ke arah barat daya zon pengenalan pertahanan udara Taiwan.
Menurut kementerian, pesawat J-10, model yang mula beroperasi dua dekad lalu, dilaporkan terbang lebih dekat ke pantai China berbanding Taiwan.
“Pesawat J-16 pula terbang di kawasan di timur laut Taiwan,” jelas kenyataan itu.
Semalam, Kementerian Pertahanan Taiwan melaporkan 19 pesawat China terbang di zon pertahanan udara negara itu, disusuli penerbangan 21 pesawat pada hari ini. – REUTERS
21 pesawat China ceroboh ruang udara Taiwan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Akta SPRM Memberi Kuasa Untuk SPRM Menyiasat Siapa Sahaja Termasuk Ketua Hakim Negara
- Hadi Awang Dedahkan Perancangan PN Untuk Tumbangkan Kerajaan
- Dulu Mahathir pecat Ketua Hakim Tun Salleh Tidak perlu “adab” dan “protokol” pun.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :