Cucu Bupati Soppeng nikah atlet MMA England
Cucu Bupati Soppeng nikah atlet MMA England
JAKARTA: Kisah perkahwinan wanita dikenali sebagai Andi Andira Mario Rita menjadi tular di Indonesia selepas bernikah dengan seorang atlet seni bela diri campuran (MMA) warga Britain, baru-baru ini.
Lapor Wolipop, Andi Andira, 26, merupakan cucu kepada Ketua Daerah (Bupati) Soppeng di Sulawesi Selatan, Andi Harta Sanjaya.
Andi Andira bernikah dengan Joshua William George Fothergill, 22, yang juga merupakan pelari jarak jauh England.
Pasangan itu mengadakan resepsi perkahwinan mereka di hotel Triple 8 The Riverside Resort Soppeng pada Sabtu lalu.
Malah, majlis akad nikah Andi Andira dan Joshua pula diadakan di Pejabat Urusan Agama (KUA) beberapa minggu sebelum resepsi perkahwinan mereka.
Bapa saudara pengantin perempuan, Andi Ibrahim Harta berkata, Johsua juga mempelajari ajaran Islam terlebih dahulu sebelum berkahwin dengan anak buahnya.
“Joshua merupakan atlet MMA, saya sering menonton videonya. Dia amat meminati seni mempertahankan diri,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azmin Persoalkan Mengapa Pemimpin BN Tidak Di Dakwa Berkaitan Skandal Jana Wibawa
- Semakan Kes SRC – Bukan Najib , tetapi sistem Judisiari yang dalam perbicaraan.
- 3 calon Naib Presiden Umno popular
Tambah beliau, pada majlis itu, Joshua menyerahkan mas kahwin sebanyak 500,000 rupiah (RM147.05) kepada Andi Andira.
Malah, katanya, ibu bapa And Andira menerima lamaran Johsua dengan jumlah mas kahwin yang diberikan.
“Ibu bapa pengantin perempuan tidak mempunyai sebarang masalah dengan mas kahwin diberikan itu,” katanya.
Sementara itu, Andi Ibrahim tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai permulaan bibit cinta antara kedua-dua pasangan itu.
Beliau hanya memaklumkan bahawa Joshua dan Andi Andira pertama kali berkenalan di Bali.
Cucu Bupati Soppeng nikah atlet MMA England
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Akta SPRM Memberi Kuasa Untuk SPRM Menyiasat Siapa Sahaja Termasuk Ketua Hakim Negara
- Hadi Awang Dedahkan Perancangan PN Untuk Tumbangkan Kerajaan
- Dulu Mahathir pecat Ketua Hakim Tun Salleh Tidak perlu “adab” dan “protokol” pun.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :