Dua warga emas tinggal sendirian, lemas dalam banjir

Dua warga emas tinggal sendirian, lemas dalam banjir
Ketua Polis Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah menunjukkan lokasi dalam kediaman penemuan mangsa lemas warga emas wanita di Kampung Baru Kongsai di Chaah.

SEGAMAT: Dua warga emas yang tinggal sendirian, ditemukan lemas selepas rumah masing-masing ditenggelami banjir dalam kejadian di Jalan Kongsai, Kampung Baru Chaah di sini, hari ini.

Kedua-dua warga emas berusia 70 tahun itu, dipercayai berusaha menyelamatkan diri hingga saat akhir, namun tidak berhasil mengharungi paras banjir yang deras dan dalam.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, berkata mangsa pertama seorang wanita ditemui pada jam 9 pagi tadi, manakala mangsa kedua seorang lelaki ditemukan jam 11 pagi.

Katanya, terdahulu kehilangan kedua-dua mangsa dilaporkan waris mereka pada jam 8 pagi tadi selepas mereka gagal dihubungi.

“Pemeriksaan kemudian dibuat di kediaman kedua-duanya warga emas terbabit sebelum menemui mayat mangsa,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan IPD Segamat di sini, hari ini.

Ahmad Zamry berkata, mayat dua warga emas itu kemudian dihantar ke Hospital Segamat untuk proses bedah siasat.

“Kedua-dua keluarga kepada mangsa ini akan dipanggil bagi membantu siasatan,” katanya.

Katanya, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian terbabit diminta tampil membantu siasatan.

Lari tinggalkan anak, bayi elak ditahan

Dua warga emas tinggal sendirian, lemas dalam banjir

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Najib akan dapat perbicaraan semula?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker