Jenazah tiga beradik selamat dikebumikan

Oleh – Syeikh Baran


Jenazah tiga beradik selamat dikebumikan
AZAM (duduk, dua dari kiri) tidak dapat menahan kesedihan semasa pengebumian jenazah tiga anaknya di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor, Tapah hari ini

Jenazah tiga beradik selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor kira-kira pukul 6.20 petang tadi.

Mayat mangsa lemas iaitu, Hanum Marissa Azam, 2, Hafif Muhayat Azam, 4, dan Hanna Mikayla Azam, 7, dikebumikan berdekatan pusara ibu mereka, Allahyarham Aszura Bani, 37.
 

Kira-kira 60 orang mengiringi proses pengebumian itu termasuk bapa kandung mereka, Azam Radin Mustapha Aminuddin, 46.

Terdahulu, ketiga-tiga jenazah dibawa ke Masjid Al-Muhtadin, Bidor untuk solat jenazah yang disertai kira-kira 50 ahli keluarga terdekat dan kariah masjid pada pukul 5.20 petang tadi.

Media melaporkan, hajat empat beranak bersuka-ria untuk berkelah bertukar menjadi tragedi apabila keempat-empat mereka menemui maut ekoran kejadian kepala air di Sungai Kenjur, Kampung Poh, Bidor kira-kira pukul 4 petang semalam.

Namun, tiga yang lain iaitu kakak kepada Aszura, Aslinda Bani, 38, dan anak lelakinya berusia 11 tahun serta seorang pengasuh wanita warga Indonesia, Harnani Shera yang berusia sekitar 30-an selamat.

Sumber – KOSMO! ONLINE

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker